Sesiapa sahaja dengan mudah boleh merancang percutian yang bebas tekanan dan tidak dapat dilupakan.
Sesiapa sahaja dengan mudah boleh merancang percutian yang bebas tekanan dan tidak dapat dilupakan.
Hanis Aliaa Hidzir

Menjelang penghujung tahun, pasti ramai yang merancang untuk bercuti dan menenangkan fikiran sebelum memulakan tahun baru 2024 yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Merancang percutian boleh menjadi satu tugas yang menarik dalam masa sama merisaukan kerana terdapat banyak faktor perlu dipertimbangkan seperti destinasi, bajet, aktiviti dan penginapan.

Namun, dengan sedikit perancangan dan organisasi, sesiapa saja dapat menikmati percutian yang terbaik dan tidak dapat dilupakan.

Memahami keperluan itu, Malaysia Airlines menjemput orang ramai untuk merancang percutian dengan Jualan Akhir Tahun mereka yang menawarkan harga tambang menarik ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa.

Bermula dari 28 November hingga 20 Disember 2023, pengembara boleh menikmati tambang sehala bermula dari RM79 ke semua destinasi domestik dan dari RM229 ke destinasi antarabangsa.

Dengan tempoh perjalanan lanjutan sehingga 30 September 2024, pengembara mempunyai masa yang cukup untuk merancang percutian dan memberi peluang kepada pelancong untuk menerokai Malaysia dan Asean pada harga yang tiada tandingan.

Berikut senarai tarikh cuti penting bagi membantu rakyat Malaysia merancang percutian:

  • Tahun Baru Cina: 10 hingga 12 Februari
  • Hari Raya Aidilfitri: 10 hingga 11 April
  • Cuti Sekolah: 24 Mei hingga 2 Jun
  • Hari Raya Aidiladha: 17 Jun
  • Cuti Sekolah: 13 hingga 21 September
  • Maulidur Rasul dan Hari Kebangsaan: 16 hingga 17 September

Orang ramai boleh menikmati tambang sehala bermula RM229 untuk penerbangan dari Kuching ke Singapura, RM249 dari Kuala Lumpur ke Kertajati dan RM299 ke Ho Chi Minh City untuk penerbangan sehala bagi kelas ekonomi.

Dengan berkuat kuasanya kemasukan tanpa visa selama 15 hari mulai 1 Disember 2023, rakyat Malaysia berpeluang melancong ke China dan menikmati tambang pergi-balik istimewa ke Guangzhou (RM1,099), Shanghai (RM1,599), serta Beijing (RM1,699) untuk penerbangan pergi dan balik dalam kelas ekonomi.

Sebagai tambahan kepada Jualan Akhir Tahun serta pengumuman 30 hari kemasukan tanpa visa untuk pelawat dari India ke Malaysia, pengembara juga boleh menikmati tambang menarik ke laluan syarikat penerbangan yang dilancarkan baru-baru ini, termasuk Amritsar, Trivandrum dan Ahmedabad, bermula dari hanya RM999 untuk penerbangan pergi-balik bagi kelas ekonomi.

Selain itu, tambang pergi-balik ke destinasi lain seperti Bengaluru (RM1,139), Hong Kong (RM1,399), Perth (RM1,959), dan Auckland (RM3,599) juga boleh didapati pada harga yang menarik.

Pengalaman penerbangan serba lengkap

Malaysia Airlines menyediakan kemudahan fleksibiliti Economy Flex Fare dilengkapi elaun bagasi kabin sebanyak 7 kilogram (kg), 35kg bagasi berdaftar, akses pemilihan tempat duduk standard, keupayaan menempah semula atau menukar tiket tanpa bayaran, makanan percuma, dan banyak lagi untuk pelanggan mereka nikmati.

Bagi yang ingin menikmati pengalaman perkhidmatan perjalanan premium, tambang kelas perniagaan dilengkapi elaun bagasi daftar masuk sebanyak 40kg, dua elaun bagasi kabin sebanyak 7kg setiap satu, pemilihan tempat duduk percuma, makanan percuma, keutamaan untuk daftar masuk, menaiki pesawat dan bagasi, serta akses ke lounge terkemuka syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Selain itu, Malaysia Airlines turut menawarkan pelbagai tambahan, termasuk diskaun 20 peratus untuk bagasi tambahan, akses Golden Lounge, pakej nilai (kerusi standard + bagasi tambahan 10kg) dan pakej premium (tempat duduk ruang kaki tambahan + akses Golden Lounge) untuk meningkatkan lagi pengalaman perjalanan pelanggan.

Tidak ketinggalan, nikmati juga 20 peratus bonus Enrich Points untuk tempahan serta 20 peratus diskaun bagi MHinsure dan jenama terpilih di Temptations.

Untuk maklumat lanjut dan menempah percutian anda yang seterusnya, layari laman web rasmi Malaysia Airlines atau muat turun aplikasi Malaysia Airlines untuk mendapatkan promosi terkini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Disember 2023 @ 3:24 PM