Hanis Aliaa Hidzir

MEMBINA sebuah perniagaan bukan satu perkara mudah terutama bagi individu yang pertama kali ingin menceburi bidang perusahaan.

Dengan kepesatan perkembangan teknologi, kebanyakan individu yang ingin menceburi bidang keusahawanan lebih memilih untuk memulakan menerusi platform e-dagang.

Hanya beberapa langkah mudah, urusan jual beli secara dalam talian menjadi begitu sinonim dalam kalangan umum di seluruh dunia.

Situasi ini sekali gus menjadikan platform e-dagang seperti Lazada sebagai peluang kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) membangun dan berkembang maju melalui kempen mega seperti Jualan Mega 12.12 baru-baru ini.

Pencapaian yang tidak dijangka

Mempunyai minat mendalam dalam dunia perniagaan, pengasas NSA Glamorous, Nor Affira Mohd Affendi berkata, dia memulakan perniagaan secara sambilan selepas terinspirasi dengan kejayaan rakannya berniaga menerusi Lazada.

Menceritakan pengalaman memulakan perniagaan secara dalam talian menerusi platform e-dagang, Affira tidak menjangka jualannya kini boleh meraih pendapatan sehingga lima angka sehari.

Lebih menarik, platform e-dagang terutamanya Lazada turut menyediakan khidmat sokongan kepada peniaga baharu bagi mendapatkan tip dan perkongsian daripada mereka yang sudah berjaya.

Memahami bahawa tidak semua orang berani untuk keluar dari zon selesa, Affira menggalakkan individu yang ingin menceburi bidang perniagaan untuk memulakan bisnes secara dalam talian menerusi Lazada tanpa rasa ragu-ragu kerana ia adalah teratur, mudah, selamat dan percuma.

Malahan, Lazada University turut memberikan bimbingan dan bantuan untuk memperkasakan para peniaga agar mampu berkembang dan terus sukses.

Ikuti perkongsian Affira memulakan kariernya sebagai usahawan menerusi video di bawah:

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Disember 2022 @ 8:58 AM