Hanis Aliaa Hidzir

SEBAGAI sebuah jenama naungan vivo, iQOO membuktikan kehebatan dalam prestasi dan pengalaman e-sukan menerusi telefon pintar terbaharunya iaitu iQOO 11 5G.

Memanfaatkan penyelidikan, jaminan kualiti dan kepakaran perkhidmatan selepas jualan, iQOO 11 5G mendapat sambutan menakjubkan daripada penggemarnya sehingga berjaya memecahkan beberapa rekod selepas seminggu dilancarkan di Malaysia.

Antara pencapaian yang diraih iQOO 11 5G adalah menduduki tangga pertama di semua platform e-dagang termasuk Shopee dan Lazada bagi kategori peranti android berharga dari RM3,000 hingga RM4,000.

iQOO 11 5G turut mencatat rekod baharu dalam 'Gross Merchandise Value' (GMV) bagi produk pelancaran baharu di vivo e-store dan menduduki tempat teratas dalam senarai berkenaan.

Selain itu, iQOO 11 5G menjadi terkenal dalam kalangan umum sebagai telefon pintar pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2.

Lebih menarik, iQOO 11 5G mendapat markah tertinggi sebanyak 1,323,820 berbanding jenama dan model telefon pintar lain menerusi skor AnTuTu, sebuah alat penanda aras yang menentukan prestasi peranti.

Ia sekali gus membuktikan iQOO 11 5G menawarkan prestasi yang begitu hebat dan lancar kepada pengguna selain turut menerima banyak maklum balas positif di Internet.

Miliki iQOO 11 5G melalui iQOO Malaysia Lazada, Shopee dan vivo estore serta rasai sendiri kehebatan peranti yang menawarkan keupayaan standard Esports.

Untuk maklumat lanjut, layari www.iQOO.com dan ikuti Facebook rasmi iQOO Malaysia.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2022 @ 5:36 PM