Rastas Gamers menyerlahkan kuasa transformatif Shoppertainment dan potensi TikTok Shop sebagai pemangkin pertumbuhan perniagaan.
Rastas Gamers menyerlahkan kuasa transformatif Shoppertainment dan potensi TikTok Shop sebagai pemangkin pertumbuhan perniagaan.
Hanis Aliaa Hidzir

Dalam landskap digital yang dinamik hari ini, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menghadapi cabaran menyesuaikan diri dan berkembang untuk kekal di hadapan.

Sementara e-dagang merevolusikan cara perniagaan beroperasi dan pengguna terbabit dengan jenama, TikTok Shop muncul sebagai alat untuk PKS mengembangkan jangkauan serta meningkatkan kehadiran digital jenama mereka.

Ciri e-dagang bersepadu dalam platform media sosial popular TikTok ini, terbukti menjadi menjadi titik perubahan untuk PKS dengan menawarkan pendekatan yang unik dan menarik untuk jualan dalam talian.

Dengan memanfaatkan kuasa video pendek dan penstriman langsung, TikTok Shop membolehkan jenama berhubung dengan khalayak yang lebih luas, membina kepercayaan dan memacu jualan dalam persekitaran yang interaktif.

Antara perusahaan yang berkembang maju dalam landskap digital ialah Rastas Gamers, sebuah perniagaan e-dagang Malaysia yang mengkhususkan dalam permainan, aksesori dan konsol.

Ditubuhkan pada 2020, Rastas Gamers membuat keputusan strategik untuk menyertai TikTok Shop pada Oktober 2022 dan ia adalah satu langkah yang telah melonjakkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Dengan kandungan menarik dan interaksi tulen mereka kepada pelanggan, Rastas Gamers memperoleh pengikut setia dan mengalami lonjakan ketara dalam jualan.


Pengarah Rastas Gamers, Wan Muhammad Fidaei Wan Shamsudin.

Pengarah Rastas Gamers, Wan Muhammad Fidaei Wan Shamsudin berkata TikTok Shop ialah platform yang sangat baik untuk PKS mengembangkan kehadiran digital dan produk mereka.

"Ia menyediakan antara muka mesra pengguna, jangkauan luas dan alat pemasaran berkesan yang membolehkan perniagaan berhubung dengan khalayak sasaran serta meningkatkan jualan mereka."

Ulasan jujur mengenai sesuatu produk, kandungan menarik dan strim langsung yang konsisten memberikan mereka pengikut setia, beribu-ribu tontonan video dan lonjakan dalam jualan.

Fidaei menekankan kuasa unik Shoppertainment dalam memacu kejayaan mereka yang mana penstriman langsung ialah kaedah pembabitan pelanggan yang paling berkesan di TikTok Shop.

"Kami melakukan strim langsung selama 6 sehingga 8 jam setiap hari yang mana memainkan peranan penting dalam meningkatkan jualan dan kesedaran jenama kami."

Kata Fidaei, pencapaian terbaik mereka ialah peningkatan jualan terutama pada awal bulan seperti 10.10 atau 11.11 serta pertambahan pengikut menerusi akaun media sosial di TikTok Shop.

Fidaei turut menzahirkan rasa gembiranya apabila mereka bukan saja dapat menjual produk dengan mudah malah boleh melihat kandungan platform TikTok serta membeli item yang diperlukan pada masa yang sama.

Katanya, peniaga e-dagang juga dapat mengawal harga untuk barangan selain turut boleh menawarkan pelanggan harga yang memuaskan dan menggembirakan pelanggan.

Dengan visi yang jelas untuk masa depan, Fidaei menyatakan keyakinannya bagi mengembangkan perniagaan mereka dan bergelar jutawan pada masa hadapan dengan sokongan TikTok Shop.

"Saya mahu menggunakan TikTok Shop bukan saja untuk menjual produk tetapi juga untuk menggembirakan pelanggan ketika menonton kandungan kami," katanya.

Kisah kejayaan Rastas Gamers menyerlahkan kuasa transformatif Shoppertainment dan potensi TikTok Shop sebagai pemangkin pertumbuhan perniagaan yang ingin berkembang maju dalam era digital.

Kunjungi profil TikTok Rastas Gamers untuk mendapatkan produk mereka atau daftar akaun TikTok Shop bagi meningkatkan jualan syarikat anda hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Disember 2023 @ 12:12 PM