Jam tangan pintar premium Siri HUAWEI WATCH 3 teman setia terbaik anda - FOTO HUAWEI
Jam tangan pintar premium Siri HUAWEI WATCH 3 teman setia terbaik anda - FOTO HUAWEI
Mohammad Asyraf Khalib

BAGI peminat teknologi, jam tangan pintar tidak hanya tertumpu kepada fungsi waktu sahaja sebaliknya ia adalah peranti penting yang menjadi pelengkap gaya hidup.

Disebabkan itu, sebelum membeli jam tangan pintar, pelbagai faktor perlu dipertimbangkan termasuk pemilihan reka bentuk, fungsi, sistem pengecasan dan banyak lagi.

Image

Seiring perkembangan teknologi, HUAWEI tampil memperkenalkan jam tangan pintar premium serba baharu Siri HUAWEI WATCH 3. Model baharu ini hadir dengan dua pilihan iaitu HUAWEI WATCH 3 dan HUAWEI WATCH 3 Pro. 

Menurut HUAWEI, jam tangan pintar ini melalui evolusi selama beberapa tahun termasuk penyelidikan dan pembangunan menjadikan ia jam pintar paling berpotensi tinggi dalam industri.

Berikut antara kelebihan utama yang membuatkan jam tangan pintar ini sesuai dijadikan pelengkap gaya hidup digital anda dalam norma baharu. 

Rekaan premium, elegan

Image

Menerusi model baharu ini, HUAWEI komited menawarkan pengguna pengalaman yang hampir sama seakan memakai jam tangan tradisional. 

Disebabkan itu, reka bentuk badan HUAWEI WATCH 3 hadir dengan rekaan bulat. Menurut HUAWEI, nilai estetik jam tangan juga diberi keutamaan dalam penghasilan siri ini.

Ia termasuk rekaan butang 'crown' 3D berputar yang terpasang di sebelah kanan jam, berupaya memberi tindak balas pada kadar ketepatan tinggi, menawarkan pengalaman navigasi lebih cekap dan efisien.

Pada bahagian permukaan atas jam pula, Siri HUAWEI WATCH 3 hadir dengan paparan kaca 3D melengkung, skrin tahan calar dan kalis cap jari. 

Manakala bagi HUAWEI WATCH 3 Pro pula, ia hadir dengan paparan kaca nilam (sapphire) berkualiti tinggi untuk memberikan pengalaman berbeza buat pengguna. 

Kemasan badan peranti ini pula diperbuat daripada titanium atau keluli tahan karat, dengan gabungan seramik pada bahagian belakang menjadikan ia tampak lebih premium dan moden. 

Muncul sebagai jam pintar yang sesuai digayakan semua, peranti ini disertakan tali yang boleh dipakai tidak kira lelaki atau wanita. 

Keseluruhannya, kemasan akhir Siri HUAWEI WATCH 3 pasti memberikan anda lebih keyakinan saat anda memakainya di pergelangan tangan.

Kekal berhubung dengan eSIM

Image

Selain rekaan memukau, Siri HUAWEI WATCH 3 turut dilengkapi dengan ciri panggilan eSIM yang beroperasi sendiri tanpa sambungan telefon pintar. 

Dalam erti kata lain, pengguna boleh membuat panggilan, menjawab panggilan, memainkan muzik atau meneroka pelbagai fungsi menarik hanya menggunakan jam tangan pintar di mana saja mereka berada.

Sebagai contoh, jika ingin melakukan aktiviti lasak di luar rumah seperti bersenam, berlari atau berbasikal, anda tidak perlu bersusah payah membawa telefon pintar bersama kerana jam tangan ini sedia berkhidmat setiap masa. 

Bagi mereka yang gemar dengan aktiviti berenang pula, teknologi kalis air 5 ATM pada Siri HUAWEI WATCH 3 sudah pasti menjadi nilai tambah yang mengujakan.

Tidak cukup dengan itu, Siri HUAWEI WATCH 3 membolehkan anda menikmati perhubungan tanpa had dengan sambungan Wi-Fi atau data masa nyata menerusi aplikasi HUAWEI MeeTime. 

Lebih menarik, ia turut disertakan ciri keselamatan yang membolehkan pengguna membuat panggilan kecemasan melalui mod SOS Alert.

Jangka hayat bateri 21 hari

Image

Bagi peminat teknologi, rutin mengecas jam tangan pintar bukan satu masalah besar. 

Namun, jika jam tangan itu kerap kehabisan bateri sehingga memaksa pemilik membawa pengecas tambahan setiap hari, ia sudah tentu menyusahkan. 

Dengan Siri HUAWEI WATCH 3, anda tidak perlu risau kerana bateri peranti pintar ini mampu bertahan selama 21 hari dengan kemampuan fungsi pintar sehingga lima hari menerusi mod Ultra-Long Battery Life.

Sebagai nilai tambah, kedua-dua model ini turut disertakan dengan dua kaedah pengecasan, membolehkan anda mengecas jam tangan dengan cara meletakkannya pada bahagian belakang telefon pintar terpilih.

Pemantauan kesihatan sepanjang hari

Image

Sibuk dengan tugas dan tanggungjawab harian seringkali menyebabkan kita keletihan dan stress. Lebih membimbangkan, masih ramai di antara kita yang kurang peka mengenai kesihatan diri. 

Justeru, penting bagi setiap individu merebut peluang memanfaatkan teknologi yang ada pada Siri HUAWEI WATCH 3 bagi memantau tahap kesihatan diri terutama sepanjang tempoh pandemik. 

Menerusi fungsi SpO2, jam tangan pintar ini akan membantu anda memantau tahap oksigen sama ada mencukupi atau kurang ketika melakukan tugasan.

Seterusnya, teknologi pengimbas nadi HUAWEI TruSeen 4.5 yang terbina dalam peranti pula membantu memantau kadar degupan jantung secara berterusan setiap hari. 

Tidak cukup dengan itu, HUAWEI WATCH 3 juga berupaya memeriksa tahap tekanan di waktu siang. Ia kemudiannya akan memberi cadangan penyelesaian seperti latihan pernafasan bagi mengurangkan tekanan.

Di malam hari, jam tangan pintar ini bersiap sedia memantau corak tidur anda dan menyiapkan laporan penuh tidur sepanjang malam. Dengan ciri secanggih ini, anda boleh memperbaiki kualiti tidur pada malam berikutnya. 

Teman setia anda

Image

Selain fungsi pemantauan kesihatan, Siri HUAWEI WATCH 3 juga sarat dengan beberapa fungsi lain yang membuatkan ia sesuai bergelar teman setia di saat memerlukan. 

  • Fall Detection: Jika fungsi ini diaktifkan, jam tangan pintar anda mempunyai kemampuan untuk mengesan lebih awal risiko anda terjatuh atau rebah. Ia kemudian akan menghidupkan mod bantuan secara automatik.
  • SOS Alert: Anda boleh membuat panggilan kecemasan menerusi fungsi SOS Alert. Hanya perlu menekan butang suara lima kali berturut-turut untuk mengaktifkan amaran ini. 
  • Paparan Video Interaktif: Ciri ini membolehkan anda menukar visual atau paparan antaramuka pada jam tangan pintar. Ia mengelakkan anda bosan melihat paparan sama setiap hari di samping membolehkan anda menyesuaikan paparan dengan fesyen harian. Anda juga boleh menggunakan HUAWEI Share OneHop untuk set gambar antaramuka dengan cepat dan senang. Hanya perlu pilih gambar, sentuh jam tangan pintar HUAWEI WATCH 3 dengan telefon pintar HUAWEI dan gambar tersebut akan terus berada di antaramuka jam.
  • Voice NotePad: Fungsi ini pula pasti digemari ramai pengguna terutama golongan profesional kerana ia boleh membantu anda mencatat minit mesyuarat dalam bentuk memo suara sekali gus meningkatkan produktiviti di tempat kerja. Dengan mikrofon yang berkualiti tinggi, tiada lagi masalah untuk merakam suara dengan jelas.
  • Aplikasi MeeTime: Aplikasi MeeTime boleh menjadi penyelamat sewaktu capaian telefon pintar lemah. Ia mampu menawarkan kualiti panggilan lebih lancar menggunakan data atau Wi-Fi. Tambahan, pembesar suara di HUAWEI WATCH 3 yang berkualiti tinggi juga mampu memberikan pengalaman bunyi yang mantap dan jelas tidak kira di mana sahaja anda berada.

Tingkatkan gaya hidup aktif

Image

Bagi mereka yang sukakan aktiviti mencabar seperti mendaki atau berbasikal jarak jauh, fungsi GPS boleh dikategorikan sebagai satu keperluan penting.

Namun, masalah GPS yang sering terputus atau menunjukkan lokasi tidak tepat pasti membuatkan anda hilang minat untuk meneruskan aktiviti. 

HUAWEI WATCH 3 Pro hadir dengan penyelesaian teknologi Dual GPS, menawarkan bacaan lebih tepat sekali gus menjadikan model ini sebagai jam tangan pintar pertama mempunyai teknologi secanggih ini. 

Selain teknologi Dual GPS, anda juga boleh mencuba sehingga 100 pilihan mod senaman dan latihan berbeza yang dimuatkan dalam jam tangan pintar anda. Dengan pelbagai pilihan aktiviti, tiada lagi alasan untuk tidak kekal aktif.

Jam tangan pintar pertama dunia dikuasakan HarmonyOS 2 

Image

Sebagai peneraju teknologi alaf baru, Siri HUAWEI WATCH 3 menjadi telefon pintar pertama dunia yang dikuasakan dengan HarmonyOS 2. 

Sistem operasi ini menjadikan jam pintar anda lebih mesra pengguna kerana dapat dihubungkan ke telefon pintar lain serta tidak terhad untuk peranti HUAWEI sahaja. 

Untuk menggunakan pada peranti lain, anda hanya perlu imbas kod QR pada kotak, kemudian muat turun aplikasi HUAWEI Health.

Tidak cukup dengan itu, HarmonyOS 2 juga menyokong rangkaian telco tempatan seperti Maxis, Digi dan U Mobile untuk fungsi eSIM bagi memastikan anda kekal terhubung. 

Bagi meningkatkan pengalaman pengguna, Siri HUAWEI WATCH 3 dicipta dengan prestasi lebih lancar dan cekap menerusi pelancar grid antaramuka yang mesra pengguna. 

Susun atur ikon juga sangat interaktif, memudahkan anda menavigasi aplikasi dan fungsi tanpa sebarang gangguan. 

Lebih menyeronokkan, anda juga boleh menggunakan kawalan isyarat tangan untuk menavigasi termasuk menjawab panggilan.

Dengan hanya menggoncangkan pergelangan tangan ke atas, anda boleh segera mengucapkan salam kepada orang yang menghubungi anda.

Anda juga tidak perlu risau kerana HarmonyOS 2 menyokong pelbagai aplikasi kegemaran di Malaysia yang boleh dimuat turun menerusi HUAWEI AppGallery.

Tidak kira muzik, aplikasi kecergasan atau produktiviti, hanya cari dan imbas aplikasi pihak ketiga yang diinginkan, semua aplikasi sedia dimuat turun dengan satu sentuhan di pergelangan tangan.

Image

Buat pratempahan sekarang!

Anda boleh mendapatkan HUAWEI WATCH 3 atau HUAWEI WATCH 3 Pro masing-masing pada harga RM1,699 dan RM2,199.

Dengan membuat pratempahan, anda juga berpeluang membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM828 bermula 25 Jun, selagi stok masih ada. 

Untuk pratempah secara dalam talian, layari laman sesawang HUAWEI, kedai rasmi HUAWEI Shopee, Lazada, Senheng atau senQ sekarang. 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Jun 2021 @ 12:00 PM