Saritha (kiri) bersama rakan sepasukannya bekerja keras mencari penyelesaian algoritma kamera - FOTO OPPO
Saritha (kiri) bersama rakan sepasukannya bekerja keras mencari penyelesaian algoritma kamera - FOTO OPPO
Mohammad Asyraf Khalib

SYARIKAT teknologi global, OPPO baru-baru ini meraikan sambutan ulang tahunnya yang ke-18 pada 17 September lalu. 

Sejak penubuhan pada 2004, OPPO komited meneroka pelbagai pendekatan teknologi baharu dengan mengutamakan keperluan pengguna tanpa mengira had dalam berinovasi.

Bermula sebagai pengeluar produk elektronik, OPPO berkembang menjadi sebuah syarikat teknologi gergasi yang menawarkan perkhidmatan menyeluruh kepada pengguna di seluruh dunia.

Perkhidmatan OPPO merangkumi perisian bersepadu, perkakasan dan penyelesaian perkhidmatan, menerajui pembangunan peranti serta perkhidmatan pintar dalam pasaran global. 

OPPO juga tidak pernah mengecewakan pengguna dengan pelbagai siri kejayaan dicapai termasuk pembikinan peranti terawal seperti pemain audio dan siri telefon pintar, teknologi pengecasan pantas, reka bentuk telefon pintar serba baharu serta pembangunan inovasi termaju MariSilicon X NPU. 

Berpegang kepada prinsip 'Inspiration Ahead', OPPO komited meneroka lebih banyak peluang dengan menjadikan inspirasi di hadapan sebagai rujukan demi meningkatkan industri teknologi dan mencipta masa depan lebih baik menerusi inovasi yang mapan. 

Kini, OPPO menjadi jenama telefon pintar keempat terbesar dunia dengan pelanggan dari lebih 60 negara termasuk beberapa wilayah di Eropah, Asia-Pasifik, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika, serta mengekalkan perkongsian strategik dengan lebih 80 pengendali telekomunikasi di seluruh dunia.

Siri dokumentari OPPO

Sempena meraikan ulang tahun yang ke-18, OPPO melancarkan pelbagai siri perkhidmatan dan aktiviti baharu secara dalam talian dan luar talian bagi mengeratkan hubungan dan meningkatkan pengalaman pengguna. 

Antara yang mencuri tumpuan adalah siri dokumentari bertema Tokoh Inspirasi OPPO yang mengetengahkan kisah inspirasi beberapa kakitangan OPPO dari seluruh dunia berkongsi pengalaman daripada perspektif mereka sendiri.

Menerusi salah satu siri dokumentari itu, Jurutera Prinsip Inovasi Kamera di OPPO R&D India, Saritha Bandaru, berkongsi kisah ketika beliau menyedari bindi hilang daripada foto selepas gambar diambil.

Bindi adalah perhiasan penting bagi penganut agama Hindu, biasanya diwarnakan dengan warna merah dan diletakkan pada dahi di antara kedua bulu kening yang membawa makna tuah, kekuatan dan kekayaan. 

Namun, dalam hasil akhir foto, algoritma kecantikan standard keliru dan menganggap bindi sebagai subjek yang tidak diingini lalu menghilangkannya atau mengaktifkan penuras untuk memperbaiki penyimpangan warna.

Hasil penyelidikan, Saritha dan pasukan berjaya mengenal pasti terdapat kekeliruan algoritma imej yang mana penuras kecantikan kamera tidak dapat membezakan peruntukan budaya berasaskan negara atau wilayah. 

Selepas sebulan bekerja keras, Saritha dan pakar algoritma berjaya menambah kod baharu yang akhirnya menyelesaikan masalah itu dan mengembalikan keindahan bindi. 

Tonton video penuh Saritha di bawah: 

Selain Saritha, kegigihan Ketua Runcit OPPO AED Romania, Dan Amariei, memimpin pasukannya berdepan kesukaran pandemik Covid-19 demi membawa jenama OPPO ke Romania cukup membanggakan.

Saat Covid-19 mula melanda, Dan baru sahaja berkhidmat dengan OPPO yang pada ketika juga jenama yang agak baharu dalam pasaran serta belum bertapak kukuh di Romania. 

Pada awal perkhidmatannya, Dan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh mencari rakan kerja baharu untuk membentuk pasukan yang besar. 

Semua persiapan untuk pelancaran OPPO lengkap, dan beliau berazam untuk menjadikan OPPO sebagai jenama terkenal di Romania. 

Tidak lama selepas itu, Covid-19 muncul menyebabkan semua perancangan serta persiapan pasukan Dan tergendala akibat perintah berkurung dan kawalan pergerakan dilaksanakan di Romania.

Saksikan bagaimana Dan berjaya mengemudi pasukan demi menaikkan jenama OPPO sambil memastikan tiada rakan sepasukannya disisihkan serta keselamatan mereka terjamin. 

Tonton video penuh kisah Dan di bawah:

Inspirasi di hadapan

Walaupun latar belakang dan asal usul mereka berbeza, semua pekerja OPPO berkongsi semangat yang sama demi memenuhi keperluan pengguna dan mencari cara baharu untuk berinovasi. 

Berpegang kepada prinsip 'Inspiration Ahead', mereka menunjukkan kekuatan untuk menghadapi semua cabaran dengan pemikiran yang tenang dan optimis. 

Dengan mengoptimumkan setiap butiran produk dan perkhidmatan, OPPO kini berkongsi manfaat teknologi kepada lebih ramai pengguna global.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inovasi teknologi baharu dan ekosistem pintar OPPO, layari www.oppo.com.my. 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2022 @ 11:19 AM