Nurshafika Suhaimi

Dalam tempoh 10 hari lagi, Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-66.

Sinonimnya, Malaysia merupakan sebuah negara unik yang mempunyai kepelbagaian etnik, agama, adat resam, bahasa dan budaya.

Sungguhpun demikian, rakyat tetap bersatu dalam membina sebuah negara yang aman dan harmoni, sekali gus mencapai matlamat perpaduan nasional hari ini.

Sempena memperingati tahun kemerdekaan yang ke-66 pada 31 Ogos ini, OPPO, peneraju dalam inovasi peranti pintar turut memainkan peranannya dalam berkongsi keyakinan dan inspirasi kepada ramai orang di Malaysia.

Ini dapat dilihat melalui usaha pihak OPPO menghasilkan karya filem "OPPO 66 Potret Malaysia" dengan menonjolkan kepelbagaian budaya dalam Malaysia melalui lensa pakar potret, Siri Reno10 5G.

Filem ini mengisahkan jurugambar Malaysia, Khairul Amin memberi penghormatan kepada arwah ibunya, yang telah mengajar dan mengasuhnya dengan menerapkan perasaan cinta kepada perpaduan dan kepelbagaian di Malaysia.

Sejak dari itu, Khairul Amin mula ghairah dengan dunia fotografi yang diinspirasikan daripada didikan ibunya.

Dengan OPPO Reno10 Pro+ 5G, dia berjaya menangkap intipati rakyat dan landskap Malaysia.

Bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia, OPPO menganjurkan 'Peraduan 66 Potret Malaysia' terbuka kepada semua rakyat di Malaysia.

Ia bertujuan menggalakan rakyat Malaysia menerokai kepelbagaian budaya dan keindahan Malaysia dengan bakat fotografi mereka menerusi lensa peranti OPPO atau yang lain.

Peraduan ini akan berlangsung pada 21 Ogos sehingga 17 September dengan dua tema iaitu "Ikon Malaysia" dan "Warna Malaysia".

Bagi tema "Ikon Malaysia" akan bermula 21 Ogos sehingga 3 September 2023 dengan tawaran hadiah berupa OPPO Reno10 5G untuk seorang pemenang dan OPPO Enco Buds2 untuk dua orang pemenang.

Peserta diminta untuk mengambil gambar potret dengan item ikonik Malaysia seperti bangunan, makanan, mengembara dan lain-lain.

Sementara itu, bagi tema "Warna Malaysia", peserta diminta untuk mengambil foto potret berwarna iaitu warna utama seperti kuning, merah, putih dan biru yang akan berlangsung pada 4 hingga 17 September 2023. 

Untuk tema ini, OPPO menawarkan hadiah berupa OPPO Pad Air (4+64GB) untuk seorang pemenang dan OPPO Enco Buds2 untuk dua orang pemenang. 

Peserta dikehendaki memuat naik foto tersebut ke akaun Facebook atau X dengan meletakkan tanda pagar #OPPO66PotretMalaysia #66MerdekawithOPPO #TeamPortraitExpert.

Jangan lupa untuk 'Suka' dan 'Kongsi' siaran kempen ini serta menetapkan akaun dalam tetapan umum bagi melayakkan diri menyertai peraduan ini. 

Enam pemenang akan diumumkan pada 22 Sept 2023 nanti.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang terma dan syarat peraduan klik di sini

Salah satu pilihan terbaik untuk membolehkan anda memenangi peraduan adalah dengan menggunakan OPPO Reno10 Pro+ 5G yang didatangkan dengan pelbagai ciri kamera berkuasa, terutamanya lensa utama 50MP dan juga 64MP untuk telefoto potret baharu.

Dengan keupayaan untuk menangkap foto pada zum optik 3X, kamera telefoto canggih menawarkan lebih banyak kebebasan apabila mampu menangkap subjek pada jarak jauh.

Seterusnya, memberikan hasil yang sempurna untuk merakam potret.

Dari segi bateri, pengguna tidak perlu bimbang dengan adanya sokongan pengecasan pantas 100W SUPERVOOC ™ yang boleh caj bateri penuh dalam masa sepantas 27 minit sahaja.

Anda boleh merakam foto peraduan sepanjang hari tanpa perlu bimbang kehabisan bateri.

Secara jelasnya, ciri dan prestasi yang ditawarkan Siri Reno10 5G ini mampu memberikan kepuasan kepada pengguna terutama mereka yang sukakan seni fotografi potret.

Untuk maklumat lanjut mengenai OPPO Reno10 Pro+ 5G, layari laman pautan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Ogos 2023 @ 2:26 PM