PAGAR Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang dirobohkan Pati dalam cubaan mereka melarikan diri dari depot imigresen, hari ini. FOTO Danial Saad.
PAGAR Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang dirobohkan Pati dalam cubaan mereka melarikan diri dari depot imigresen, hari ini. FOTO Danial Saad.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Berikut adalah antara insiden tahanan lolos dari depot Imigresen dalam negara sejak 1999.

26 Julai 1999 - Seramai 192 tahanan warga Bangladesh, Pakistan, India dan Indonesia lari dari Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan. Sembilan berjaya diberkas semula.

1 Feb 2002 - Seramai 153 warga Afrika lari ketika dalam perjalanan ke Depot Tahanan Kem Imigresen Kemaya, Pahang. 138 orang berjaya ditahan semula.

6 April 2011 - Seramai 109 tahanan majoriti warga Myanmar lolos dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan. Polis berjaya menahan semula 55 orang.

28 Feb 2019 - Lelaki warga Indonesia lari dari Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo, Melaka.

17 Okt 2020 - Lima tahanan di Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas, Johor melarikan diri.

2 Jan 2021 - Tujuh warga Indonesia yang ditahan lari dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan. Tiga berjaya diberkas semula.

14 Mei 2021 - Enam tahanan warga Filipina di Depot Tahanan Imigresen Manggatal meloloskan diri dari pusat berkenaan. Empat berjaya ditahan semula.

27 Jun 2021 - Lapan lelaki warga Thailand di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah, Kelantan lari dari sel tahanan.

10 Nov 2021 - 14 tahanan warga Filipina di Depot Tahanan Imigresen Kimanis, Sabah melarikan diri. Tujuh berjaya ditahan semula.

20 April 2022 - 528 tahanan etnik Rohingnya lari dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap, Pulau Pinang. Setakat 4 petang, polis berjaya menahan semula 357 tahanan dan masih mengesan bakinya.

Insiden kira-kira 4.30 pagi itu turut meragut enam nyawa tahanan akibat dilanggar kenderaan semasa mereka melarikan diri dengan melintasi Kilometer 168 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala selatan iaitu berhampiran kawasan Jawi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2022 @ 6:27 PM