ANGGOTA PGA melakukan operasi di kawasan kebun kelapa sawit, semalam berdekatan lokasi disyaki terdapat tahanan menyembunyikan diri. FOTO Bernama
ANGGOTA PGA melakukan operasi di kawasan kebun kelapa sawit, semalam berdekatan lokasi disyaki terdapat tahanan menyembunyikan diri. FOTO Bernama
Rosman Shamsudin


Tapah: Pihak polis mengesahkan dua lagi tahanan yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis lalu ditangkap di Kampung Ampang, Kuala Woh, 8.40 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, Katanya, jumlah tangkapan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang lolos dari depot terbabit kini adalah 41 orang sejak hari pertama operasi dijalankan.

"Kedua-dua tahanan lelaki etnik Rohingya berjaya ditangkap atas maklumat orang awam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian Khamis lalu, 115 etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh melarikan diri dari blok lelaki depot tahanan itu.

Seorang daripada mereka meninggal dunia apabila terlibat dalam nahas jalan raya.

Berita berkaitan:

13 pendatang bagi alasan ditipu sindiket pekerjaan, minta perlindungan

Operasi jejak Pati lolos diteruskan

Kawalan keselamatan di Depoh Tahanan Imigresen Ajil diperketat

Baki 100 tahanan wanita dari depot Imigresen Bidor pindah malam ini - Ruslin

DTI Bidor ditutup sementara, 435 tahanan dipindahkan

"Saya lihat mereka di sekitar kediaman, mahu pinjam telefon"

4 ditahan semula, 127 masih bebas

Pati merusuh, pecah pagar sebelum lolos

375 anggota pelbagai agensi dikerah buru tahanan lolos

Polis sahkan seorang Pati maut dalam kemalangan ketika melarikan diri

Polis giat kesan 131 tahanan lolos

132 Pati etnik Rohingya lari diri dari depoh Imigresen Bidor

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Februari 2024 @ 12:28 PM