GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Rafiqah Dahali


Kota Kinabalu: Sebanyak enam daerah di Sabah mencatatkan sifar kes harian Covid-19 di Sabah, semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata antara daerah yang terbabit ialah Kalabakan, Tongod, Nabawan, Kunak, Telupid dan Semporna.

Menurutnya, selain itu, terdapat 15 daerah mencatatkan kes baharu satu angka iaitu Putatan (9); Kuala Penyu (7); Kudat (7); Keningau (6); Kota Marudu (6); Ranau (6); Beluran (6); Tenom (5); Kinabatangan (4); Sipitang (3); Pitas (3); Beaufort (2); Kota Belud (2); Tambunan (2) dan Lahad Datu (1).

"Manakala enam lagi daerah mencatatkan kes harian Covid-19 dua angka iaitu

Kota Kinabalu (97); Papar (21); Tuaran (17); Tawau (16); Penampang (13); dan Sandakan (12).

"Bagaimanapun, risiko jangkitan secara sporadik kekal tinggi dan hari ini (semalam), 59.59 peratus daripada semua kes baharu.

"Walaupun jumlah jangkitan baharu di Sabah semakin terkawal tetapi rakyat perlu terus mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP)," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri berkata jumlah kes harian Covid-19 semalam mengalami penurunan dengan mencatatkan sebanyak tiga angka.

"Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu Covid-19 semalam adalah sebanyak 245 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 366,437 kes dan satu kes kematian dilaporkan di Sandakan.

"Bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 851 menjadikan jumlah kumulatif 346,281 orang.

"Manakala 415 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 357 orang di hospital, 57 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan seorang di fasiliti swasta," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mac 2022 @ 8:31 AM