RAKAMAN video menunjukkan seorang lelaki menampar pekerja restoran warga Bangladesh di sebuah restoran Jalan SS 15/5, Subang Jaya, Ahad lalu.
RAKAMAN video menunjukkan seorang lelaki menampar pekerja restoran warga Bangladesh di sebuah restoran Jalan SS 15/5, Subang Jaya, Ahad lalu.
Nurul Hidayah Bahaudin


Subang Jaya: Gara-gara permintaan mendengar lagu Tamil tidak ditunaikan, pekerja restoran warga Bangladesh ditampar seorang lelaki dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan SS 15/5 di sini, 13 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Subang Jaya, 15 Mac lalu.

"Pada kejadian jam 10.30 malam, Ahad lalu, seorang lelaki bersama rakannya memesan minuman keras ketika berada di restoran berkenaan.

"Semasa minum, suspek meminta mangsa memasang lagu Tamil namun suspek dimaklumkan, ia tidak boleh dilakukan kerana pemasangan lagu sudah ditetapkan serta tidak boleh diubah.

"Suspek kemudian memarahi dan memaki hamun mangsa sebelum menampar pipi kiri mangsa," katanya pada kenyataan hari ini.

Menurut beliau, selepas kejadian itu, rakan suspek membuat bayaran di kaunter lalu beredar dari restoran berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2022 @ 4:17 PM