TAN Sri Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO arkib NSTP
TAN Sri Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO arkib NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 280 kes baharu Variant of Concern (VOC) dilaporkan bagi tempoh 3 Februari lalu hingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu membabitkan 185 kes varian Delta dan 95 kes Omicron.

"Integrative Pharmacogenomics Institute, Universiti Teknologi MARA (iPromise, UiTM) mengenal pasti 188 kes baharu, UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) pula mengenal pasti 46 kes baharu, manakala Institute for Medical Research (IMR) mengenal pasti 46 kes baharu.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 7,398 kes," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah dikesan itu, 7,378 kes adalah VOC, manakala 20 kes adalah VOI.

Menurutnya, secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 6,435 kes varian Delta, 696 kes varian Omicron, 233 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.

Katanya, bagi kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Februari 2022 @ 9:09 PM