Kebakaran belukar yang merebak bersebelahan BBP Alor Setar, malam tadi. FOTO Tular
Kebakaran belukar yang merebak bersebelahan BBP Alor Setar, malam tadi. FOTO Tular
Oleh Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran membabitkan belukar berkeluasan kira-kira lima hektar di belakang wad psikiatrik Hospital Lama Alor Setar di sini, malam tadi seterusnya mengelakkan ia daripada merebak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 8.19 malam.

"Seramai 17 anggota dan tiga jentera daripada BBP Alor Setar dikerah ke lokasi. Operasi turut disertai Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Taman Mutiara, PBS Alor Mengkudu, PBS Seberang Nyonya, PBS Simpang, PBS Kilang Tebu dan PBS Kuala Kedah.

"Kebakaran membabitkan belukar berhampiran Hospital Lama Alor Setar dan bersebelahan BBP Alor Setar.

"Api berjaya dikawal jam 9.33 malam. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Februari 2022 @ 2:51 PM