GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Polis Daerah Dang Wangi akan menjalankan penugasan rondaan keselamatan bagi penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 di lokasi tumpuan di ibu kota sempena Tahun Baharu, esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, langkah itu diambil bagi mencegah aktiviti menyebabkan orang ramai hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan SOP.

"Aimaklumkan tiada pertunjukan bunga api bagi sambutan Tahun Baharu di KLCC dan Pavillion.

"Justeru itu, kami mengingatkan orang ramai bahawa ibu kota ini masih berada di bawah PPN Fasa 4 yang berkuatkuasa sejak 18 Oktober lalu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak Covid-19.

Menurutnya, kegagalan mematuhi SOP menyebabkan tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Disember 2021 @ 6:27 PM