FOTO hiasan. FOTO Umbai Joran
FOTO hiasan. FOTO Umbai Joran

Bangi: Bagi meringankan beban ditanggung mangsa banjir terutama mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Persatuan Kasih Mahasiswa Malaysia (Kasiswa) melancarkan Tabung Bantuan Banjir.

Jurucakapnya berkata, bantuan yang akan diberikan bagi mereka yang terkesan adalah wang tunai, air mineral, makanan, berus dan ubat gigi, pelitup muka, pakaian, keperluan asas bayi, lampin pakai buang serta kit kebersihan.

Katanya, dengan sumbangan orang ramai nanti akan dapat sedikit sebanyak meringankan kesukaran dialami akibat bencana alam yang berlaku baru-baru ini.

"Sumbangan akan disalurkan kepada semua mangsa terjejas terutama di kawasan Puchong, Selangor.

"Orang ramai yang turut ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan melalui akaun Maybank 562263553547. Semoga sumbangan dapat membantu sesama insan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Disember 2021 @ 11:32 AM