CASAS (kiri) mengendalikan sesi latihan Pahang Rangers menjelang saingan empat penjuru bermula Khamis ini. FOTO MOHD RAFI MAMAT
CASAS (kiri) mengendalikan sesi latihan Pahang Rangers menjelang saingan empat penjuru bermula Khamis ini. FOTO MOHD RAFI MAMAT
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Perlawanan persahabatan futsal antarabangsa empat penjuru, bermula Khamis ini umpama aksi pramusim kedua buat jurulatih, Gerard Casas membentuk skuad Pahang Rangers FC.

Selepas berehat hampir dua bulan dalam saingan Liga Futsal Perdana Kebangsaan Malaysia (MPFL), skuad Tok Gajah perlu berusaha membentuk pasukan baharu yang lebih baik untuk memburu gelaran juara liga.

Menurut Casas, selepas mengharungi empat perlawanan dengan jayanya sebelum ini, prestasi itu perlu terus kekal dalam memastikan baki perlawanan berakhir dengan kemenangan.

Katanya, rentak Pahang Rangers pastinya sedikit longgar apabila liga berehat panjang dan perlawanan persahabatan empat penjuru itu diharap dapat mengembalikan prestasi pada landasan sebenar.

"Selepas perlawanan terakhir menentang Gombak TOT United, kami berlatih secara santai hampir tiga minggu pada Ramadan, kemudian bercuti dua minggu dan kembali semula ke latihan.

"Selepas pemain kembali cergas, kini latihan lebih tertumpu kepada keserasian dan persefahaman serta percaturan permainan yang diperlukan bagi mengharungi baki perlawanan," katanya.

Selain Pahang Rangers, tiga lagi pasukan adalah Thai Son Bac (Vietnam), Bintang Timur Surabaya (Indonesia) dan Sabah FC yang akan berentap di Stadium Tertutup SUKPA, bermula Khamis ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2024 @ 6:27 PM