Yayasan Sukarelawa Siswa (YSS) menyampaikan sumbangan kepada 100 mangsa banjir di Pusat Pemidahan Sementara (PPS) di Jerantut,Pahang. FOTO Ihsan YSS
Yayasan Sukarelawa Siswa (YSS) menyampaikan sumbangan kepada 100 mangsa banjir di Pusat Pemidahan Sementara (PPS) di Jerantut,Pahang. FOTO Ihsan YSS
Samadi Ahmad


Putrajaya: Prihatin terhadap nasib mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Jerantut, Pahang, ahli

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) tampil menghulurkan bantuan bekalan makanan dalam usaha meringankan beban ramai mangsa terjejas.

Ketua Pegawai Eksekutif YSS, Muhammad Aiman Mohd Zin berkata, program bantuan itu antara khidmat sosial korporat (CSR) pihaknya bagi membantu mangsa banjir yang memerlukan.

Katanya, melalui program itu, YSS menyampaikan sumbangan kepada 100 mangsa banjir di lima PPS di daerah itu.

"YSS berharap sumbangan itu dapat menggembirakan penduduk yang terjejas, sekaligus meringankan beban mereka," katanya.

Pada program itu YSS menyumbang barang-barang keperluan harian dan RM5,000 baucar tunai pasaraya MYDIN, keseluruhannya bernilai RM20,000.

Antara barangan yang disumbangkan adalah beras, minyak masak, selimut tebal (toto), telekung, berus gigi, ubat gigi,cecair pembasmi kuman, susu formula, tuala, lampin pakai buang dan tuala wanita.

Sumbangan disampaikan secara terus kepada beberapa wakil PPS membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Inderapura, SMK Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan, SMKBukit Nikmat, SMK Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak dan Kampung Tebing Tinggi, Pahang.

Pada masa sama, Muhammad Aiman berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meneruskan Inisiatif Bantuan Mahasiswa B40 bagi membantu keperluan pembelajaran seperti komputer riba, data internet dan sebagainya.

Katanya, KPT melalui Bahagian Mahasiswa Holistik (BMH) dan YSSberiltizam melaksanakan inisiatif ini dalam membantu mendapatkan keperluan sewajarnya kepada pelajar memerlukan.

"Tabung Prihatin Siswa (T4S) yang dilancarkan pada 30 Oktober 2020 bertujuan memastikan kebajikan golongan mahasiswa yang memerlukan dapat dibela.

"YSS menggalakkan orang ramai untuk turut terus menyumbang ke Tabung Prihatin Siswa (T4S) secara dalam talian di www.billplz.com/tabungsiswa atau teruske tabungakaun YSS566010622566 (Maybank)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 6:36 PM