SERAMAI 30 Pati ditahan dalam operasi bersepadu di dua bot di perairan Kudat. FOTO ihsan PPM
SERAMAI 30 Pati ditahan dalam operasi bersepadu di dua bot di perairan Kudat. FOTO ihsan PPM
Juwan Riduan
am@hmetro.com.my


Kudat: Seramai 30 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang menjalankan aktiviti perikanan di perairan daerah ini ditahan dalam operasi bersepadu kelmarin.

Dalam operasi membabitkan Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) jam 11.50 pagi itu, semua Pati terbabit ditahan di dua bot nelayan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kudat, Asisten Superintendan Cyril Douglas berkata, pemeriksaan mendapati semua individu terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk masuk ke negara ini.

"Semua Pati ditahan dan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan selanjutnya.

"Mereka yang berusia 18 hingga 56 tahun itu diserahkan kepada JIM untuk disiasat mengikut Akta Imigresen 1959," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Cyril berkata, operasi pemantauan bot nelayan asing akan diperhebatkan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, Cyril berkata, PPM Wilayah Empat Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

Katanya, maklumat boleh disalurkan secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi WhatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 November 2021 @ 10:34 AM