Sarai 2.0 dihubungkan dengan Kelab Golf seluas 72 ekar - FOTO UDA Property
Sarai 2.0 dihubungkan dengan Kelab Golf seluas 72 ekar - FOTO UDA Property
Nurshafika Suhaimi

TENANG DAN MENDAMAIKAN. Itu yang dapat digambarkan ketika melangkah ke kawasan kejiranan eksklusif di Kuala Terengganu Golf Resort ini.

Berada di kediaman ala percutian yang dibangunkan oleh UDA Property ini pasti membangkitkan suasana tenang dengan disajikan pemandangan indah matahari terbenam dan alam semula jadi yang menghijau.

Banglo berkonsepkan kontemporari moden diberi nama Sarai 2.0 ini kediaman mewah yang kondusif untuk seisi keluarga.

Menariknya, ia dihubungkan dengan kelab golf seluas 72 ekar yang menampilkan padang golf 18 lubang.

Kuala Terengganu Golf Resort juga turut menyediakan beberapa bilik penginapan, bilik seminar, dewan/banquet hall dan juga café yang mampu memberikan kemudahan untuk  bersantai, seminar, majlis keraian mahupun perbincangan perniagaan selepas bermain golf.  

Kemudahan berkenaan bakal memberi nilai tambah dan manfaat kepada pemilik dan seisi keluarga.

Lokasi Strategik

ImageDua jenis banglo ditawarkan menyediakan empat bilik tidur serta lima kamar mandi - FOTO UDA Property

Kemudahan kelab dan padang golf itu juga pasti dapat memberi kepuasan kepada pemain golf kerana mereka dapat menikmati waktu hujung minggu dengan tenang tanpa perlu keluar atau memandu jauh.

Projek kediaman berkonsepkan resort itu turut mengutamakan ciri keselamatan dan dilengkapi dengan kemudahan berpagar dan berpengawal. 

Terletak di Tok Jembal, Kuala Terengganu, Sarai 2.0 dibangunkan di atas tanah berkeluasan 4.53 hektar dan menampilkan 23 unit banglo dua tingkat.

Dua jenis banglo diketengahkan iaitu Jenis A yang berkeluasan 2,125 kaki persegi manakala jenis B berkeluasan 2,005 kaki persegi dan kedua-dua jenis menyediakan empat bilik tidur serta lima kamar mandi.  

Keluasan kediaman sebegini semestinya memberikan keselesaan kepada sesiapa saja terutamanya yang berkeluarga.

Ruang dalaman dan luar rumah yang luas dapat menyediakan persekitaran yang kondusif untuk berehat, bersantai mahupun bekerja atau belajar dari rumah.

Sarai 2.0 juga antara hartanah yang ideal untuk dijadikan aset mahupun pelaburan kerana lokasinya yang strategik.

Lokasinya terletak berdekatan dengan pasar raya, sekolah, universiti dan stadium serta akses mudah ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan pusat bandar raya.

Terdapat pelbagai tarikan pelancong di sekitar antaranya Pantai Teluk Ketapang, Pasar Payang dan Jambatan Angkat Terengganu.

Jualan kini dibuka dan harga yang ditawarkan bermula daripada RM714,800.00 dengan pakej istimewa dan rebat turut disediakan.

Berpeluang menangi hadiah hebat

ImageDapatkan unit banglo Sarai 2.0 sebelum 31 Disember 2021 bagi menyertai kempen UDA 50 Golden Offers yang dianjurkan sempena sambutan Jubli Emas UDA.

Setiap pembelian unit hartanah anda berpeluang merebut pelbagai hadiah menarik termasuk hadiah utama Proton X50. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.udaproperty.com.my/projects/ktgr/

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Oktober 2021 @ 10:25 AM