Nurshafika binti Suhaimi

SEMPENA sambutan ulang tahun pada bulan Jun ini, aplikasi ganjaran hebat ZCITY menawarkan pek bonus masa terhad khas secara eksklusif untuk pengguna.

Apa itu Pek Bonus Ulang Tahun?

Pek Bonus Ulang Tahun adalah pek tawaran berharga RM25 yang boleh dibeli sebanyak dua kali untuk setiap pengguna. 

Pengguna layak mendapat satu tiket gores dan menang serta berpeluang memenangi potongan sehingga 90 peratus pin tambah nilai.

Sebagai contoh, jika pengguna memenangi ganjaran diskaun RM90, mereka boleh menggunakannya untuk membeli pin Touch 'n Go RM100 dengan hanya perlu membayar RM10 sahaja. 

Selain itu, pengguna juga akan menerima bonus bonanza sebanyak RM30 baucar tunai pada mana-mana Pembayaran Bil dan e-Baucar (termasuk pembelian pin tambah nilai) dan menikmati penjimatan sejumlah RM30.

Menariknya, pengguna dapat nikmati keistimewaan eksklusif yang boleh mengakses sebanyak lima kali tempahan bagi RM100 Pin Semula untuk TNG.

Bukan itu je korang juga bakal menerima satu tiket untuk cabutan bertuah bagi memenangi pin tambah nilai Touch n' Go bernilai RM300.

Pengguna akan diberikan keutamaan untuk membuka kunci lima pin tambah nilai memandangkan ia sentiasa habis dijual dalam tempoh yang singkat.

Dengan akses istimewa ini, pengguna tidak perlu bimbang untuk pembelian sama ada RM100 Pin Semula TNG.

Untuk membeli Pek Bonus Ulang Tahun masa terhad ini, anda hanya perlu muat turun aplikasi ZCITY secara percuma di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery kemudian ikuti langkah di bawah:

Langkah 1: Muat turun ZCITY dan lengkapkan pendaftaran

Langkah 2: Ketik ikon "Anniversary pack".

Langkah 3: Beli

ZCITY aplikasi rebat, pulangan tunai dan diskaun

Jika anda masih tertanya-tanya apa itu ZCITY, ia adalah aplikasi mudah alih yang menawarkan pelbagai ganjaran hebat, pulangan tunai serta diskaun menarik untuk pengguna.

Berbeza dari aplikasi e-wallet lain, ia platform e-pembayaran yang disepadukan dalam satu aplikasi sahaja.  

Oleh itu, pengguna tidak perlu memuat naik aplikasi e-wallet yang lain untuk membuat sebarang pembayaran.

Menariknya, setiap kali pembayaran atau transaksi di ZCITY, pengguna boleh menikmati pelbagai diskaun termasuk mata ganjaran Zcoins. 

Lebih banyak transaksi, lebih banyak ganjaran yang menanti pengguna. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut. 

Paling penting, aplikasi ini selamat digunakan kerana tiada kredit tambah nilai diperlukan selain tidak perlu menghubungkan dengan mana-mana kad bank.

Jangan lupa daftar sekarang serta nikmati 200 mata ganjaran secara percuma selepas berjaya membuat pendaftaran. 

Untuk maklumat lanjut mengenai promo terkini dan ganjaran istimewa, jangan lupa untuk ikuti laman Facebook rasmi ZCITY di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Jun 2023 @ 3:43 PM