GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Rafidah Mat Ruzki


Putrajaya: Kesemua sembilan kluster baharu jangkitan Covid-19 yang dikenal pasti hari ini didapati berkaitan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat daripadanya dikesan di Johor iaitu Kluster Jalan Timah Tiga, Kluster Jalan Tanjung Empat, Kluster Jalan Desa Tropika dan Kluster Batu Empat; tiga di Selangor membabitkan Kluster Perusahaan Jalan Bukit, Kluster Industri Waja dan Kluster Jalan Selisik; dan masing-masing satu di Kuala Lumpur (KlusterTapak Bina Bukit Kiara) dan Pulau Pinang (Jalan Sungai Baong).

Beliau berkata, sehingga kini, Malaysia sudah merekodkan 1,138 kluster dengan 647 kluster sudah tamat termasuk tiga yang tamat hari ini.

"Tiga kluster ditamatkan hari ini iaitu Kluster Jalan Rami Tiga, Kluster Lingkaran Maluri, dan Kluster Sri Plentong.

"Sehingga kini, sebanyak 491 kluster masih aktif dan 89 daripadanya mencatatkan pertambahan kes baharu.

"Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Perusahaan Jalan Bukit (262 kes), Kluster Tapak Bina Bukit Kiara (180 kes), dan Kluster Jalan Tasek Avenue (166 kes)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2021 @ 7:11 PM