GAMBAR hiasan. FOTO Hairul Anuar Rahim.
GAMBAR hiasan. FOTO Hairul Anuar Rahim.
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Sebanyak empat kluster baharu dikenal pasti hari ini membabitkan tiga kluster tempat kerja dan satu komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja adalah Jalan Taming di Selangor; Industri Parit Raja (Johor); Perusahaan Perai Tiga (Pulau Pinang), manakala Padang Manggis di Pahang dikenal pasti sebagai kluster komuniti.

"Sehingga 8 April terdapat 1,435 kluster direkodkan di negara ini, dengan 348 daripadanya adalah kluster aktif.

"Sebanyak 1,087 kluster sudah tamat termasuk 10 kluster yang tamat hari ini iaitu Kluster Sungai Lembing; Kluster Kampung Gedang; Kluster Jalan Bukit Blossoms; Kluster Singgahmata; Kluster Mayang Pasir; Kluster Ladang Sungai Pin; Kluster Jalan Pahang; Kluster Jalan Mawar; Kluster Lorong Bakau; dan Kluster Tapak Bina Sungai Batu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 47 kluster mencatatkan pertambahan kes baharu dengan yang tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (89 kes); Kluster Perusahaan Perai Tiga (60 kes), dan Kluster Industri Parit Raja (38 kes).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 April 2021 @ 6:39 PM