Sarah Yasmine
Sarah Yasmine
Zaara Talita 

 

Kuala Lumpur : Kekasih Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menegaskan bukti pengakuan serta rakaman yang mendedahkan hubungan antara Aliff dengan Ruhainies diperolehnya tanpa sebarang paksaan.

Terbaru, Sarah mendedahkan Ruhainies menuduh dia meletakkan sesuatu dalam minuman Aliff yang mendorongnya mahu menyaman pelakon itu.

"Dalam rakaman perbualan Ruhainies itu ada sebut Sarah ni letak barang dalam minuman Aliff sebab itu boleh dapat 'conversation' (perbualan) itu.

"Tapi minta maaf Ruhainies, saya dapat perbualan itu sebab 'minah' ini yang ada dengan dia hari-hari. Jadi itu dah ibarat fitnah.

"Saya pun tak tahu kenapa dia cakap macam itu sebab dia tahu saya bersama dengan Aliff. Kami dah berbual dan dia sendiri bagitahu nak berundur.

"Tak perlulah fitnah. Macam saya cakap, perkara yang awak katakan itu fitnah. Bolehkah kalau saya saman awak RM5 juta?" katanya dalam satu temubual.

Pendedahan yang dibuat Sarah itu menggemparkan industri hiburan pada pagi Isnin lalu. Selain mendedahkan hubungannya dengan Aliff, Sarah turut mendedahkan mesej perbualan penyanyi kelahiran Singapura itu dengan Ruhainies.

Perkongsian berkenaan turut mengundang pertanyaan daripada netizen sama ada berisiko untuk disaman kerana memuat naik mesej peribadi orang lain.

Menurutnya, dia berani menunjukkan mesej WhatsApp serta rakaman perbualan selepas Aliff sendiri memberikan 'lampu hijau' kepadanya.

"Saya sebenarnya tak takut (disaman) sebab pemilik sendiri (Aliff) bagi telefon itu kepada saya cakap saya boleh guna atau ambil bahan dalam tu.

"Saya ada rekod percakapan pasal perkara itu (kebenaran), tapi sepatutnya itu hanya untuk saya dengarkan kepada adik Aliff, Aisyah. Tapi selepas jadi benda ni (difitnah), saya kongsi sajalah," katanya.

Dalam rakaman berkenaan kedengaran suara penyanyi Sayang Sayang itu bercakap sambil menangis selepas Sarah mahu menamatkan hubungan mereka.

Nama Sarah hangat menjadi sebutan sejak Isnin lalu selepas tampil mendedahkan dirinya sebagai kekasih kepada suami Bella Astillah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2024 @ 6:55 PM