GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Asyraf Hamzah
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Asyraf Hamzah
Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Pusat Transit Tahanan (PTP) Marang serta Pusat Koreksional Dungun dan Kuarters Kakitangan di Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 10 Februari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di PTP Marang itu membabitkan Blok Pusat Latihan Pegawai Penjara, Zon 2 dan Zon 3 Penjara Marang.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak di Penjara Marang, Terengganu.

Katanya, sehingga hari ini, KKM melaksanakan 1,262 ujian saringan di situ dan daripada jumlah itu sebanyak 98 kes positif Covid-19 direkodkan.

"Bagaimanapun, kesemua kes positif ini hanya membabitkan tahanan yang ditempatkan di Pusat Transit Tahanan.

"Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan hari ini bersetuju melaksanakan PKPD bagi memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga melaksanakan PKPD di Pusat Koreksional Dungun dan Kuarters Kakitangan selepas peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak di kawasan itu.

"Sehingga hari ini, KKM melaksanakan 1,102 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 99 kes positif Covid-19 direkodkan membabitkan 92 tahanan, dua kakitangan dan lima kontak rapat," katanya.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP)sama seperti yang diumumkan sebelum initermasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga adalahtidak dibenarkan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2021 @ 5:59 PM