ANTARA pelanggan ketika serbuan di pusat hiburan berkenaan. FOTO Ihsan PDRM
ANTARA pelanggan ketika serbuan di pusat hiburan berkenaan. FOTO Ihsan PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


Ampang: Tindakan seorang lelaki membuat bising dan melakukan provokasi menghentak botol minuman ketika polis menyerbu sebuah kafe dan pub di Jalan Pandan Indah, di sini, mengundang padah apabila dia ditahan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam operasi 12.20 tengah malam itu, pelanggan berusia 36 tahun itu mengganggu pegawai polis yang sedang membuat catatan dengan membuat bising dan menghentak botol minuman.

Menurutnya, susulan itu, dia ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam apabila gagal memberikan kerjasama semasa pemeriksaan dibuat.

"Selain itu, 51 pelanggan dan enam pekerja

dikenakan kompaun pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana tidak menjaga penjarakan sosial dan pub beroperasi lebih masa yang dibenarkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2020 @ 9:48 AM