ANTARA barangan yang dicuri suspek. FOTO Ihsan Polis.
ANTARA barangan yang dicuri suspek. FOTO Ihsan Polis.
Muhaamad Hafis Nawawi


Ampang Jaya: Cubaan lelaki mencuri barangan dalam kedai serbaneka di Jalan Pandan Indah, di sini gagal selepas ditahan pekerja premis itu ketika dia mahu melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian 8.30 malam kelmarin, pekerja lelaki berusia 26 tahun mengesan suspek, 28, memasukkan pelbagai barangan runcit ke dalam beg plastik.

Katanya, suspek bagaimanapun tidak membuat bayaran menyebabkan pekerja itu dan rakan mengejarnya dan berjaya menahan lelaki terbabit sebelum diserahkan kepada anggota peronda (MPV).

"Anggota menahan suspek yang tidak bekerja dan semakan dibuat mendapati dia mempunyai dua rekod jenayah berkait dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek direman empat hari hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2022 @ 6:50 PM