USIM
USIM
Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my


Nilai: Pendaftaran penuntut baharu bagi sesi akademik 2020/2021 untuk semua peringkat pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dilaksanakan secara 100 peratus melalui dalam talian.

Naib Canselor USIM, Prof Dr Mohamed Ridza Wahiddin berkata, langkah itu diambil susulan peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

"Kemasukan penuntut baharu sesi akademik 2020/2021 dan penuntut sedia ada ke kampus USIM ditangguhkan sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

"Malah, sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) juga dilaksanakan secara dalam talian.

"Penuntut yang berada di kampus boleh terus kekal berada di kampus atau kolej kediaman masing-masing sehingga pemakluman baharu dikeluarkan," katanya pada kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sebarang program atau aktiviti yang membabitkan himpunan di dalam kampus juga ditangguhkan.

"Semua warga USIM perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa bagi mencegah penularan Covid-19," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2020 @ 2:39 PM