GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin


PEKERJA kontrak yang sedang membaiki lampu isyarat maut selepas dilanggar lori dari arah belakang di Kilometer 19, Kuala Selangor-Kuala Lumpur di Kuala Selangor, jam 11.40 pagi semalam.

Wong Soon Keat, 48, disahkan mati di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja baik pulih lampu isyarat.

"Mangsa dilanggar lori yang gagal dikawal berikutan tayar depan pecah.

"Akibatnya, mangsa yang berasal dari Dungun, Terengganu disahkan mati di lokasi," katanya hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2020 @ 4:44 PM