SEBANYAK 43 tapak binaan di seluruh Malaysia diperiksa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
SEBANYAK 43 tapak binaan di seluruh Malaysia diperiksa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


SEBANYAK 43 tapak binaan di seluruh Malaysia diperiksa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, CIDB mendapati 34 tapak binaan patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menurutnya, sebanyak empat tapak binaan yang tidak patuh SOP diberi nasihat, manakala lima tapak binaan lagi tidak beroperasi.

"Jumlah kumulatif tapak binaan yang mematuhi SOP sehingga semalam adalah 3,055 tapak binaan, manakala 529 tapak binaan lagi tidak patuh SOP dan diberi amaran.

"Penguat kuasa CIDB turut mengarahkan 19 tapak binaan untuk tutup kerana tidak mematuhi SOP," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 834 premis perniagaan termasuk peruncit (624), pemborong (180) dan pengilang (30).

"Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara dan mudah diperolehi.

"Pegawai penguat kuasa KPDNHEP juga melakukan 1,362 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati 1,358 premis mematuhi SOP yang ditetapkan, manakala empat premis diberi amaran kerana tidak patuh SOP.

"Dalam tempoh PKPP ini, kerajaan menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan sosial dan kebersihan diri terutama dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2020 @ 3:20 PM