BEKALAN makanan bagi menampung keperluan dalam negara mencukupi berdasarkan pemeriksaan terhadap 12 jenis bekalan barangan di 719 premis perniagaan. FOTO MAHZIR MAT ISA
BEKALAN makanan bagi menampung keperluan dalam negara mencukupi berdasarkan pemeriksaan terhadap 12 jenis bekalan barangan di 719 premis perniagaan. FOTO MAHZIR MAT ISA
Rafidah Mat Ruzki


BEKALAN makanan bagi menampung keperluan dalam negara mencukupi berdasarkan pemeriksaan terhadap 12 jenis bekalan barangan di 719 premis perniagaan.

Ia berdasarkan pemeriksaan dilakukan Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di premis terbabit.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pemantauan itu dijalankan terhadap 515 peruncit, 173 pemborong dan 30 pengilang.

Beliau berkata, pegawai penguatkuasa KPDNEHP juga melakukan 1,478 pemeriksaan khas Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan mendapati 1,462 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 16 premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP.

"Sejak 13 Mei 2020, sebanyak 128,437 premis sudah diperiksa oleh KPDNHEP dan daripada jumlah itu 122,618 premis didapati patuh kepada SOP manakala 5,522 premis telah diberi nasihat.

"Sebanyak 297 premis pula diberi amaran kerana tidak patuh SOP. Dalam tempoh PKPP ini, kerajaan ingin menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan sosial dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, 13 operasi sanitasi awam dijalankan di 12 Zon di empat negeri iaitu 10di Sabah dan masing-masing satu operasi di Melaka, Pahang dan Perak.

Katanya, operasi sanitasi awam itu membabitkan 30 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta 124

anggota Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan tiga jentera JBPM.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak 57 tapak binaan diperiksa oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) membabitkan 118 penguatkuasa.

"Daripada jumlah itu, pemeriksaan CIDB mendapati 49 tapak binaan mematuhi SOP yang ditetapkan, manakala enam tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi nasihat. Sebanyak dua tapak binaan lagi tidak beroperasi," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2020 @ 6:00 PM