Galeri pengumpul barangan lama milik pemuda, Mahadhir Ab Rahman, 38, yang terletak di Kampung Telok, Pasir Panjang, Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA
Galeri pengumpul barangan lama milik pemuda, Mahadhir Ab Rahman, 38, yang terletak di Kampung Telok, Pasir Panjang, Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA
Mohd Khidir Zakaria
am@hmetro.com.my


RUMAHNYA seperti muzium dan ramai pelawat datang melihat serta bergambar bersama ribuan barangan lama dikumpulnya sejak 15 tahun lalu.

Rumah khas itu asalnya stor sebelum diubah suai menjadi galeri yang kini sarat dengan pelbagai barangan lama dari dalam dan luar negara sama ada dibeli atau diberi rakan.

Mahadhir Ab Rahman, 38, berkata, semuanya bermula pada 2005 apabila arwah ibunya meminta dia membuang set cawan dan mangkuk lama kerana sudah tidak digunakan lagi.

Antara barangan lama yang ada di dalam galeri milik pemuda, Mahadhir Ab Rahman, 38, di galerinya di Kampung Telok, Pasir Panjang, Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA
Antara barangan lama yang ada di dalam galeri milik pemuda, Mahadhir Ab Rahman, 38, di galerinya di Kampung Telok, Pasir Panjang, Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA

"Ibu pada mulanya terkejut selepas mendapati barang disangka sudah dibuang masih tersimpan elok di bawah katil di bilik saya. Sejak itu, saya terus mengumpul beberapa barangan lama yang jumlahnya tidak terkira.

"Ada barang terbabit dibeli, bertukar dengan pengumpul barang antik lain dan diberi kawan yang menyedari minat saya terhadap hobi ini," katanya ketika ditemui di galerinya di Kampung Telok, Pasir Panjang, Port Dickson.

Beliau yang juga Imam 1 Masjid Pasir Panjang berkata, pernah seorang pengumpul barangan lama datang menawarkan jumlah ratusan ribu ringgit untuk membeli semua barangan antik berkenaan.

Katanya, dia menolak tawaran itu kerana menyedari bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu barang.

"Galeri ini terbuka untuk dilawati jika saya ada di rumah, malah sering menjadi lokasi penggambaran video klip atau pengantin bergambar dengan menjadikan barangan antik seperti motosikal lama dan alat muzik antik sebagai latar belakang.

Antara barangan lama yang ada di dalam galeri milik pemuda, Mahadhir Ab Rahman, 38, di galerinya di Kampung Telok, Pasir Panjang, Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA
Antara barangan lama yang ada di dalam galeri milik pemuda, Mahadhir Ab Rahman, 38, di galerinya di Kampung Telok, Pasir Panjang, Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA

"Malah, seorang pelancong lelaki dari Jerman membayar RM300 untuk tidur satu malam bersama barang lama di galeri saya ini.

"Berikutan galeri ini sudah diketahui ramai, saya mengupah orang untuk membersihkannya kerana sibuk dengan tugasan di masjid dan sebagai pegawai Bahagian Agama di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Seremban," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2020 @ 3:42 PM