Mohd Khidir Zakaria

Image

Port Dickson: Menteri Besar, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang menjadi calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Port Dickson tiba di Pusat Penamaan Calon parlimen itu di Kompleks Pentadbiran Port Dickson pada 7.40 pagi tadi.

Aminuddin yang memandu sendiri kereta berpakaian baju Melayu, dengan ditemani isterinya, kelihatan tenang dan memaklumkan masih dapat tidur lena semalam.

"Malam tadi tidur lena setakat ini semua berjalan lancar, lepas ini tidak tahu macam mana," katanya ringkas.

Aminuddin dijangka ditentang oleh calon Barisan Nasional yang diwakili oleh Ahli Majlis Tertinggi MIC, Datuk P Kalamananthan dan calon Pejuang, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Turut dijangka memberikan saingan dalam pertembungan lima penjuru itu ialah calon Perikatan Nasional, Rafiei Mustapha dan calon Barisan Penyatuan Nasional (BPN), Abdul Rani Kulup Abdullah.

AMINUDDIN ketika tiba di pusat penamaan calon Parlimen Port Dickson Kompleks Pentadbiran Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria
AMINUDDIN ketika tiba di pusat penamaan calon Parlimen Port Dickson Kompleks Pentadbiran Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 8:10 AM