ANGGOTA bomba memadam kebakaan kereta Perodua Alza yang hangus di Lebuhraya Plus berhampiran Seremban, hari ini. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba memadam kebakaan kereta Perodua Alza yang hangus di Lebuhraya Plus berhampiran Seremban, hari ini. FOTO ihsan bomba
Mohd Amin Jalil


LELAKI berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dan hangus terbakar di Kilometer 261 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan itu dekat Seremban, hari ini.

terbakar hangus 100 peratus, pagi tadi.

Mangsa, Datu Anugrah Datu Abdul Rahim, 34, dari Shah Alam, Selangor, bernasib baik apabila terselamat dalam kemalangan itu.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2, Faizal Abd Rahman berkata, kemalangan pada 10.49 pagi itu membabitkan tiga kenderaan, namun kereta Perodua Alza dipandu mangsa terbakar 100 peratus.

"Selain Perodua Alza, dua kereta lain terbabit kemalangan itu adalah Honda Civic dan Proton Wira.

"Kami terima panggilan pada 10.50 pagi dan lapan anggota bersama jentera dari BBP Seremban 2 terus bergegas ke lokasi kemalangan.

"Sebuah kereta hangus 100 peratus, namun tiada membabitkan kehilangan nyawa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Jun 2020 @ 1:56 PM