KERETA yang  musnah terbakar. FOTO ihsan Bomba
KERETA yang musnah terbakar. FOTO ihsan Bomba
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Tiga kereta yang diletakkan di luar rumah musnah terbakar di Jalan Gelang 13, Taman Rinting di sini, petang tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Mohd Rafie Ahmad Sareng berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 2.48 petang dengan sebuah jentera dan kekuatan enam anggota.

"Kebakaran itu membabitkan sebuah Perodua Alza, Perodua Viva dan Proton Wira milik tiga penduduk di kawasan perumahan itu.

"Kebakaran tidak membabitkan sebarang struktur rumah, juga tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan," katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2016 @ 9:57 PM