Ahmad Rabiul Zulkifli


SETIAP kali Ramadan, kuih menganang buatan Mok Ku Mek di Kampung Wakaf Dua, Telaga Mengkudu sentiasa dicari penduduk setempat.

Namun, Mok Ku Mek atau Hainawati Che Engku Chik, 58, tidak menyangka tahun ini kuih tradisional itu masih menjadi pilihan memandangkan negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Pada hari pertama puasa, saya hanya menyediakan 50 biji kuih menganang kerana bimbang tidak habis, namun sangkaan saya meleset apabila ia laris dan tempahan meningkat hingga 100 biji.

"Mulanya saya takut rugi jika tak terjual kerana bahan asasnya seperti telur dan santan pun mahal sekarang," katanya ketika ditemui di gerainya, hari ini.

Pembantu pengusaha akok Risda, Lidyawati Rashid menunjukkan kuih akok bunga Risda yang dijual. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Pembantu pengusaha akok Risda, Lidyawati Rashid menunjukkan kuih akok bunga Risda yang dijual. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Mok Ku Mek menjual kuih itu dengan mematuhi arahan kerajaan dan menggalakkan pelanggannya membuat tempahan lebih awal.

Dia yang sudah 14 tahun membuat kuih itu dengan resipi sendiri mampu menjana pendapatan sehingga RM10,000 setiap Ramadan kerana keunikan rasa menganang yang dibakar dengan kayu api.

"Aroma dan rasa kuih menganang yang disediakan menggunakan kaedah tradisional jauh lebih sedap berbanding cara moden. Pelanggan juga yakin dengan kualiti kuih yang dijual panas-panas berbanding yang sedia siap," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2020 @ 5:55 PM