PEMINAT kuih bakul  boleh memilih sama ada ingin membeli kuih bakul yang dibalut dengan daun pisang atau dalam ‘cawan kertas’ dengan harga yang lebih murah. FOTO BERNAMA
PEMINAT kuih bakul boleh memilih sama ada ingin membeli kuih bakul yang dibalut dengan daun pisang atau dalam ‘cawan kertas’ dengan harga yang lebih murah. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Kangar: Adunan kuih bakul buatan Nani Maslina Sulaiman Najidi, 48, yang dipelajari menerusi internet kini mempunyai peminat tersendiri.

Setiap kali tiba musim perayaan terutamanya Tahun Baharu Cina, Kuih Bakul myHana menjadi pilihan tidak kira bangsa dan agama. Menurutnya untuk musim perayaan kali ini, beliau menyediakan 1,000 biji kuih bakul.

Nani Maslina berkata, ada majikan Cina membeli kuih bakul buatannya untuk dihadiahkan kepada kakitangan yang beragama Islam setiap kali tibanya tahun baharu Cina.

Kuih bakul ini mempunyai keunikan sedikit kerana dimasak menggunakan pengukus elektrik berbeza dengan cara tradisional yang menggunakan kayu api dan kukusan.

Rasanya juga agak berlainan di mana, gula putih dimasak terlebih dahulu sehingga berwarna perang seperti 'gula karamel' sebelum dicampurkan dengan tepung pulut.

NANI  memasukkan kuih bakul buatannya ke dalam pengukus elektrik.
NANI memasukkan kuih bakul buatannya ke dalam pengukus elektrik.

Peminat kuih bakul juga boleh memilih, sama ada ingin membeli kuih bakul yang dibalut dengan daun pisang atau dalam 'cawan kertas' dengan harga yang lebih murah.

Bermula dengan membuatnya di rumah secara kecil-kecilan enam tahun lalu, resipi itu diolah hingga kini mampu menjana pendapatan sendiri di samping membantu ekonomi keluarga.

Kini Nani Maslina boleh menarik nafas lega, apabila usaha gigihnya berniaga, mempu mendapat geran perniagaan dari Mada Perlis yang menyediakan kemudahan peralatan seperti pengadun, pengukus elektrik, penyejuk dan peti sejuk yang memudahkan lagi penyediaan kuih bakul.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 January 2023 @ 6:31 AM