Hazira Ahmad Zaidi


PASUKAN Pengakap Kelana B Blackflurry (PKBB) Pasir Mas sudah menghasilkan 14,000 pelindung muka sehingga kini.

Ia diagih kepada petugas barisan hadapan di hospital dan klinik kesihatan di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Penolong Pesuruhjaya PKBB Pasir Mas Nor Azlin Mat Nor berkata, ia dihasilkan secara giliran oleh 10 sukarelawan pengakap terdiri daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta individu berusia 18 hingga 26 tahun.

“Ia dihasilkan sejak 25 Mac lalu hasil suntikan dana daripada ahli untuk membeli kelengkapan sebelum beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghulurkan sumbangan.

“Setiap hari, kami mampu menyiapkan sehingga 800 unit pelindung muka bermula jam 9 pagi sehingga 5.30 petang dengan kos RM2.50 seunit.

“Ia dihasilkan menggunakan plastik, span dan tali. Kami berusaha untuk hasilkan 6,000 unit lagi pelindung muka dengan jumlah keseluruhan 20,000 unit,” katanya ditemui selepas penyerahan pelindung muka kepada Jabatan Farmasi Kelantan di sini, hari ini.

AZIZAH bersama Nor Azlin Mat Nor serta ahlinya memakai pelindung muka kepada sebagai persediaan untuk sebarang kemungkinan bagi menghadapi penularan wabak Covid-19. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
AZIZAH bersama Nor Azlin Mat Nor serta ahlinya memakai pelindung muka kepada sebagai persediaan untuk sebarang kemungkinan bagi menghadapi penularan wabak Covid-19. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Terdahulu, Nor Azlin menyerahkan 1,044 unit pelindung muka kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Azizah Mahmud Muhaidin.

Sementara itu, Azizah berkata, pihaknya berterima kasih kepada PKBB di atas sumbangan berkenaan.

“Jabatan Farmasi Negeri Kelantan dijadikan pusat pengumpulan dan pengagihan sumbangan peralatan perlindungan diri (PPE) sumbangan individu dan NGO bagi membantu meringankan beban petugas barisan hadapan.

“Pada masa, 64 kakitangan bahagian farmasi turut menggembleng tenaga menghasilkan 5,400 unit pelindung muka, 539 penutup kepala dan 417 pelindung kasut sejak 18 Mac lalu,” katanya.

Menurut Azizah, sumbangan diterima pihaknya mencukupi.

“Sekiranya ada permintaan daripada hospital atau klinik di luar Kelantan yang memerlukannya, kami akan menyerahkan barangan diperlukan untuk kegunaan mereka,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 April 2020 @ 2:40 PM
    AZLIN (dua dari kanan) menyerahkan pelindung muka kepada Azizah sebagai persediaan untuk sebarang kemungkinan bagi menghadapi penularan wabak Covid-19. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
    AZLIN (dua dari kanan) menyerahkan pelindung muka kepada Azizah sebagai persediaan untuk sebarang kemungkinan bagi menghadapi penularan wabak Covid-19. FOTO Nik Abdullah Nik Omar