GAMBAR hiasan. FOTO Osman Adnan
GAMBAR hiasan. FOTO Osman Adnan
Amir Abd Hamid dan Raja Noraina Raja Rahim


SEJUMLAH 59 juta peralatan perlindungan diri (PPE) digunakan petugas kesihatan dalam menguruskan kes jangkitan Covid-19 bagi tempoh sebulan.

Bagi menampung kegunaan dan memastikan bekalannya mencukupi, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan perbincangan bersama beberapa industri berkaitan.

“Perbincangan sudah dilakukan bersama beberapa industri termasuk fesyen serta agensi lain untuk melihat bagaimana kita boleh mendapatkan bekalan PPE daripada industri tempatan.

“Kita perlu meneliti dan menyediakan kesemua 18 unit bagi setiap PPE itu,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya perlu memantau dengan teliti bagi memastikan stok sentiasa ada dan dihantar ke fasiliti KKM.

Terdahulu, Noor Hisham dilaporkan mengalu-alukan orang ramai menderma PPE untuk kegunaan petugas barisan hadapan berikutan kekurangan peralatan itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2020 @ 8:33 PM