Sri Ayu Kartika Amri


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya memperoleh stok bekalan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) sebanyak 33 juta unit yang dapat menampung penggunaan di semua fasiliti kesihatan dan akan diedarkan dalam minggu ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, isu kekurangan bekalan PPE kini adalah isu global.

Katanya, KKM sentiasa memberi keutamaan kepada aspek keselamatan anggota kesihatan.

“Oleh itu, KKM telah mengambil pelbagai langkah dalam memastikan

bekalan PPE yang mencukupi untuk setiap fasiliti kesihatan melalui

penyelarasan pembekalan bersama Jabatan Kesihatan Negeri.

“Sehingga kini, pihak KKM telah berjaya memperoleh 33 juta unit PPE yang dapat menampung penggunaan di semua fasiliti kesihatan dan akan diedarkan dalam minggu ini.

“Selain itu, pihak kerajaan telah menerima sumbangan bekalan PPE daripada pelbagai pihak dan sejumlah tiga juta unit PPE sedang diagihkan ke fasiliti kesihatan mengikut keperluan.

“Pihak KKM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

semua pihak atas sumbangan mereka,” katanya.

Dr Noor Hisham. FOTO Arkib NSTP
Dr Noor Hisham. FOTO Arkib NSTP

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2020 @ 7:32 PM