Foto hiasan
Foto hiasan
Zuliaty

POLIS Kedah menahan 407 individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob berkata, daripada jumlah itu seramai 144 individu sudah didakwa di mahkamah.

Menurutnya, sepanjang PKP sehingga semalam, trend jenayah menunjukkan penurunan sebanyak 57 kes atau -26.69 peratus berbanding 3 Mac hingga 17 Mac lalu.

“Peratusan trend penurunan kes jenayah seperti kes kecurian kereta sebanyak 81.64 peratus, rogol (100 peratus) dan kes kecurian motosikal sebanyak -36.36 peratus.

“Bagaimanapun, kes samun mencatatkan peningkatan sebanyak 33.33 peratus bagi tempoh 3 Mac hingga 17 Mac lalu, manakala sejak 18 Mac hingga semalam sebanyak empat kes dicatatkan,” katanya dalam kenyataan di Alor Setar hari ini.

Zainuddin berkata, mengikut statistik kes keganasan rumah tangga terdapat peningkatan bagi kes ugutan jenayah membabitkan pasangan suami isteri.

Beliau berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya mematuhi PKP fasa dua supaya rantaian Covid-19 dapat diputuskan dalam tempoh lanjutan dan orang ramai perlu peka selain berwaspada dengan penjagaan harta benda dan keselamatan diri.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2020 @ 6:09 PM