HUAWEI

BELI sekurang-kurangnya satu peranti HUAWEI yang terpilih dan pelanggan bertuah berpeluang memenangi hadiah hebat bernilai sehingga RM1 juta di Karnival HUAWEI 2019 yang berlangsung mulai esok hingga 4 Ogos ini.

Tidak cukup dengan itu, pelanggan juga boleh membawa pulang kereta mewah Mercedes Benz GLA 200 Night, 100 unit E-bike Orbit dan 400 unit motor skuter elektrik Starlight menerusi cabutan bertuah apabila membeli telefon pintar HUAWEI Y9 Prime yang baru pada harga hanya RM899 sahaja.


Karnival ini berlangsung di semua kedai pengedar HUAWEI yang sah di seluruh negara, termasuk platform membeli-belah atas talian.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menebus hadiah percuma di kawasan hotspot HUAWEI terpilih:

Langkah 1: Beli model terpilih dalam tempoh karnival dari 27 Julai - 4 Ogos.

Langkah 2: Simpan resit sebagai bukti pembelian dan dapatkan cop di setiap 30 hotspot HUAWEI yang mengambil bahagian.

Langkah 3: Lakukan Spin & Win atau Draw Dip di 30 hotspot HUAWEI mengambil bahagian itu.

Untuk berpeluang memenangi edisi Mercedes baru GLA200 Night, E-bike Orbit dan skuter elektrik Starlight pula, anda cuma perlu memenuhi tiga langkah mudah di bawah:

1. Imbas kod QR.

2. Jawab soalan mudah.

3. Lampirkan resit sebagai bukti pembelian.

Selepas menyelesaikan tiga langkah mudah di atas, semua peserta perlu menunggu pengumuman rasmi pemenang pada 30 Ogos 2019 laman Facebook HUAWEI.


Sementara itu, HUAWEI Y9 Prime terbaru dilengkapi dengan reka bentuk premium yang pasti membuatkan sesiapa sahaja tertarik pada pandangan pertama.

Paparan skrinnya bersaiz 6.59 inci pula lebih besar untuk memberi pengalaman menonton yang selesa.

Mekanisme Kamera Triple-Rear dan kamera auto pop up dimiliki juga amat bergaya di mana ia semestinya membuatkan mereka yang 'gila' berswafoto melonjak keriangan.


Untuk bahagian bateri pula, peranti ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4,000 mAh dan spesifikasi 4GB RAM dan 128GB storan serta sistem operasi berasaskan Android Pie EMUI 9.0. Ia juga mempunyai kecekapan tinggi kerana disokong oleh 4GB pemproses kirin 710 manakala menggunakan port pengecasan USB Type-C.

HUAWEI Y9 Prime hadir dengan warna Midnight Black, Sapphire Blue dan Emerald Green.


Pengguna juga boleh menebus ganjaran eksklusif daripada pelbagai rakan kongsi jenama melalui HUAWEI Member Center di HUAWEI AppGallery di mana ini adalah kali pertama HUAWEI memperkenalkan program ganjaran kepada pengguna untuk siri Y.

Yang pasti, karnival ini kegembiraan dan penuh dengan kejutan termasuk diskaun tidak masuk akal ke atas pembelian peranti jenama itu.

Justeru, jangan ketinggalan ambil bahagian dan meraikan Karnival HUAWEI ini kerana siapa tahu, mungkin anda pengguna bertuah yang akan memenangi hadiah hebat berjumlah sehingga RM1 juta itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi produk terkini, layari Karnival HUAWEI 2019.

Bagi mengetahui lebih lagi keistimewaan HUAWEI Y9 Prime 2019, layari di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Julai 2019 @ 10:00 AM