Hamizah Badiran

SEBELUM makan, wajib ambil gambar makanan dulu. Selepas selesai cantik bersiap, mesti kena ambil gambar juga.

Itu belum lagi ketika ke luar kota untuk bercuti bersama orang tersayang. Pasti berjuta gambar lokasi menarik atau pemandangan indah diabadikan di dalam telefon pintar sebelum dimuat naik di laman sosial masing-masing.

Sebab itu pentingnya memilih telefon pintar yang mempunyai kelebihan pada kameranya agar setiap gambar atau video yang diambil adalah cantik serta berkualiti tinggi.

Justeru, bagi mereka yang sedang mencari-cari telefon pintar baru, jadikanlah HUAWEI nova 5T iaitu model terbaru daripada HUAWEI sebagai 'penaman setia' anda.

Mula dijual di pasaran Malaysia secara rasminya esok, model terkini ini mempunyai pelbagai ciri mempesonakan terutama pada kecanggihan kameranya.

Fungsi kamera menakjubkan!


HUAWEI nova 5T dilengkapi dengan kamera Pro Grade yang didatangkan dengan lima teknologi kecerdasan buatan (AI) termasuk empat kamera di bahagian belakang peranti itu yang terdiri daripada kamera utama dengan saiz 48 MP; kamera ultra luas (16 MP); kamera makro (dua MP) dan kamera 'depth' pada saiz dua MP.

Kamera depan 32MP pula mampu memberi kejelasan berganda dan memenuhi semua jenis senario termasuk panorama.

Secara automatik juga, anda boleh bertukar menjadi jurugambar profesional saat mengambil gambar menggunakan peranti yang turut memiliki ciri 'Ultra-Wide Angle', potret, pemandangan malam, fotografi makanan dan banyak lagi ini.


Gambar juga lebih jelas pada waktu malam kerana nova 5T menampilkan ciri 'AIS Super Night Mode' yang membolehkan gambar dirakam dalam keadaan cahaya amat rendah bagi memastikan momen yang dirakam berapa dalam keadaan baik.


Dengan ini, anda tidak perlu risau lagi untuk mendapatkan hasil gambar makanan, pemandangan, swafoto dan gaya pakaian untuk hari ini (OOTD) kerana ia dijamin pada tahap terbaik menggunakan nova 5T.

Untuk keselamatan, peranti ini mempunyai pengimbas cap jari fizikal di sisi yang turut boleh berfungsi sebagai punat untuk memudahkan aktiviti menangkap gambar dengan lebih stabil.

HUAWEI juga mahu penggunanya merasai pengalaman menggunakan telefon pintar yang tiada tandingan. Justeru, nova 5T direka dengan skrin 6.26 inci 'screen-to-body ratio' lebih besar dan menyembunyikan 4.5 milimeter (mm) kamera ultra kecil di bawah skrin supaya pandangan anda tidak terganggu.

Sistem operasi EMUI 9.1 dan Kirin 980 terkini

Sudahlah dapat menghasilkan gambar yang sangat memuaskan hati penggunanya, HUAWEI nova 5T ini dikuasakan pemproses Kirin 980 dan Dual NPU serta menawarkan pengendali pintar EMUI 9.1 terkini.


Ia bertujuan memberi pengalaman penggunaan lebih hebat yang mana pengguna boleh menghasilkan nada dering sendiri manakala Spotlight Reel membolehkan anda mengumpul gambar terbaik orang tersayang dengan mudah dan cepat.

Tidak cukup dengan itu, HUAWEI Nova 5T turut menggunakan set cip terunggul HUAWEI bersaiz tujuh nano meter (7nm) pertama di dunia!

Dual NPU miliknya pula yang dilengkapi 8 gigabait (GB) RAM serta 128GB ROM yang terdiri daripada teknologi penyimpanan ultra pantas UFS 2.1.

Sekarang bagaimana? sudah berasa berkobar-kobar hendak membelinya?

Warna dan logo baharu memikat pandangan


Peranti ini dijual pada harga mampu milik iaitu RM1,599 seunit dan dilengkapi dengan perisian kelas pertama.

Merupakan telefon nova generasi kelima, ia juga hadir dengan tiga warna memukau iaitu 'midSummer purple', 'crush blue' dan hitam.

Turut ditampilkan logo HUAWEI nova baharu yang menyatukan empat unsur, n-o-v-a ke dalam monogram yang unik, bagi mewakili generasi muda, meraikan kebahagiaan, inovasi dan kebebasan.

Jika dilihat dengan teliti, monogram itu memperlihatkan dua individu iaitu lelaki dan perempuan duduk berdampingan.

Pada bahagian sebelah kiri logo pula menunjukkan gerakan lelaki itu seakan memeluk yang melambangkan semangat dan daya hidup sementara gadis di sebelah kanannya duduk dengan tenang, mewakili keyakinan dan semangat tekad.

Logo baru ini benar-benar merangkumi jenama nova yang mempamerkan ikon bergaya dinamik dengan inovasi sekali gus menandakan siri nova adalah jenama yang segar, bergaya dan inovatif.

Ternyata, siri HUAWEI nova adalah benar-benar satu usul gaya hidup yang mewujudkan hubungan emosi dan memotivasikan semua untuk menjalani kehidupan yang pelbagai.

Diperkasa GPU Turbo 3.0

Berita gembira buat pengguna yang gemar bermain 'game', HUAWEI nova 5T berupaya memberi pengalaman kerana memiliki kuasa GPU Turbo 3.0 yang meningkatkan prestasi anda saat bermain.

Fungsi ini juga memberikan boleh anda bermain permainan dalam talian dengan lebih lancar, paparan berdefinasi tinggi dan mengurangkan penggunaan tenaga bateri.

Mod tanpa gangguan yang terdapat pada telefon pintar ini secara tidak langsung menghapuskan kekecewaan permainan yang berakhir kerana kerap menerima panggilan masuk ketika sedang khusyuk bermain permainan video.

Selain itu, prestasi CPU boleh ditingkatkan hingga 75 peratus manakala pemprosesan kamera dan GPU mampu ke tahap hingga 46 peratus begitu juga dengan 120 peratus pada mutu AI miliknya.

Sekali gus, ia dapat meningkatkan kualiti gaya hidup pengguna melalui pengalaman hiburan walau dimana-mana sahaja.

Kapasiti bateri lebih besar


HUAWEI nova 5T disertakan bateri berkapasiti 3,750 mAh yang menyokong penggunaan telefon pintar sepanjang hari.

Ia turut dilengkapi sistem 22.5 W HUAWEI SuperCharge yang mampu mengecas bateri sehingga 50 peratus dalam masa 30 minit saja.

Sekarang, tak ada alasan lagi proses mengecaj telefon yang lama menyebabkan anda lewat untuk sampai ke tempat kerja, kelas mahupun bertemu janji.

Promosi luar biasa!

Kali ini, HUAWEI juga menawarkan jaminan tambahan selama satu tahun kepada pengguna yang membeli HUAWEI nova 5T bermula 29 Ogos hingga 31 September 2019.

Bukan itu sahaja, pembeli turut akan menerima hadiah eksklusif hadiah termasuk sepasang pembesar suara mini HUAWEI bernilai RM198 dan alat pengecaj dalam kereta HUAWEI SuperCharge Car Charger bernilai RM127 sementara stok masih ada.

Dengan HUAWEI nova 5T juga, pengguna dapat menikmati ganjaran berganda sehingga RM1,127! Jumlah itu meliputi tawaran bernilai RM1,000 daripada rakan-rakan HUAWEI yang disenaraikan melalui Aplikasi Member Center yang boleh dimuat turun melalui HUAWEI AppGallery dan HUAWEI SuperCharge Car Charger yang berharga RM127.

Antara rakan HUAWEI yang mengambil bahagian adalah Sunway Lagoon (diskaun 37 peratus untuk tiket masuk), jimat hingga RM120 atas pembelian minimum bernilai RM400 barangan sukan jenama PUMA, baucar dahmakan, Celebrity Fitness, Baskin-Robbins, Photobook Malaysia dan lain-lain.

Bagi mereka yang sudah membuat pembelian HUAWEI nova 5T melalui pra-tempahan tempoh hari, jangan risau kerana ganjaran berganda ini turut berhak untuk dinikmati oleh mereka.

Jom ‘ Level Up’


Bagi pengguna telefon siri nova sedia ada pula, program ‘Level-up’ ditawarkan HUAWEI pastinya sesuatu yang tidak harus dilepaskan.

Program ini akan bermula esok dan seterusnya di Kedai HUAWEI dan hanya untuk pengguna yang membuat tukar beli telefon bimbit siri nova mereka kepada HUAWEI Nova 5T terbaru.

Perkenal MediaPad M5 Lite


Selain itu, MediaPad M5 Lite turut akan mula dijual esok. Dilengkapi dengan perlindungan mata pelbagai dan sistem bunyi Harman Kardon yang disahkan, ia berharga RM1299.

Hadiah eksklusif pembesar suara mini, Mpen yang berharga sehingga RM268 turut ditawarkan dengan pembelian tablet itu. Sementara stok masih ada.

Apa tunggu lagi? Mari kunjungi HUAWEI Store pada hujung minggu ini. Selain untuk diri sendiri, mungkin anda boleh jadikan HUAWEI nova 5T sebagai hadiah buat insan tercinta.

Bagi yang tidak suka bersesak, layari sahaja HUAWEI Online Store dan laman web rasmi HUAWEI bagi membeli serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai peranti yang paling hangat diperkatakan sekarang ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 September 2019 @ 12:25 PM