HUAWEI

KARNIVAL HUAWEI yang dinanti-nanti kini bermula! Justeru, bagi anda yang sedang mencari telefon pintar terbaru, ini adalah masa terbaik. Tidak hanya menawarkan peranti terkini, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah hebat bernilai sehingga RM1 Juta.

Dengan setiap pembelian peranti HUAWEI sepanjang Karnival HUAWEI yang bermula hari ini hingga 4 Ogos, pelanggan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM1 juta.


Lebih menarik, pelanggan turut berpeluang membawa pulang kereta mewah Mercedes Benz GLA 200 Night Edition, 100 unit E-bike Orbit dan 400 unit skuter elektrik Starlight dengan setiap pembelian peranti HUAWEI menerusi cabutan bertuah.

Tiga langkah mudah untuk menyertai Cabutan Bertuah

1. Imbas kod QR atau layari laman web HUAWEI VIP

2. Jawab soalan mudah.

3. Lampirkan resit sebagai bukti pembelian.

Selepas menyelesaikan tiga langkah mudah di atas, semua peserta perlu menunggu pengumuman rasmi pemenang pada 30 Ogos 2019 laman Facebook HUAWEI.


Bukan itu saja, pelanggan juga berpeluang menyertai Spin & Win / Dip Draw untuk memenangi dan menebus hadiah eksklusif yang menarik di 30 hotspot HUAWEI di seluruh negara yang mengambil bahagian.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menebus hadiah eksklusif di kawasan hotspot HUAWEI terpilih:

Langkah 1: Beli model telefon terpilih sepanjang Karnival HUAWEI dari 27 Julai hingga 4 Ogos.

Langkah 2: Simpan resit sebagai bukti pembelian dan dapatkan cop di 30 hotspot HUAWEI.

Langkah 3: Lakukan Spin & Win atau Draw Dip di 30 hotspot HUAWEI.

Langkah 4: Isi borang penebusan yang lengkap dengan nombor Kad Pengenalan pelanggan.

Langkah 5: Simpan resit untuk tujuan pengesahan cabutan bertuah.

Sempena Karnival HUAWEI ini juga, pelanggan berpeluang memiliki HUAWEI Y9 Prime 2019 yang dilancarkan hari ini. Dijual pada harga RM899, HUAWEI Y9 Prime 2019 terbaru ini dilengkapi dengan reka bentuk premium yang menarik.


Paparan skrinnya yang bersaiz 6.59 inci pula lebih besar untuk memberi pengalaman menonton yang mengujakan.

Dengan mekanisme kamera Triple-Rear dan kamera auto pop up dimiliki telefon ini bukan saja menampakkan ia cukup bergaya tetapi membuatkan si penggemar berswafoto tidak jemu menangkap gambar.

Menariknya, peranti ini turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4,000 mAh dan spesifikasi 4GB RAM dan 128GB storan serta sistem operasi berasaskan Android Pie EMUI 9.0. Ia juga mempunyai kecekapan tinggi kerana disokong oleh 4GB pemproses kirin 710 manakala menggunakan port pengecasan USB Type-C.

Selain itu, bagi yang ingin membeli peranti HUAWEI terpilih, berikut adalah harga terbaru:

• HUAWEI Mate20 Pro (RM2999 > RM2599)

• HUAWEI Mate20 (RM2399 > RM2099))

• HUAWEI Mate20 X (RM2899 > RM 2599)

• HUAWEI P30 Pro (RM4399 > RM 3899)

• HUAWEI nova 4e (RM1199 > RM 999)

• HUAWEI Y7 Pro 2019 (RM649 > RM 599)

Sementara itu, pelanggan juga berpeluang menebus hadiah eksekutif daripada rakan kongsi HUAWEI seperti Langganan Viu Premium selama enam bulan secara percuma menerusi Member Center.

Program Member Center yang kali pertama diperkenalkan HUAWEI ini memberi manfaat kepada pengguna siri Y. Ia boleh di muat turun di HUAWEI AppGallery.

Hanya satu peluang memandu pulang kereta Mercedes terbaru! Apa tunggu lagi? Untuk maklumat lanjut, kunjungi pusat jualan HUAWEI terdekat atau hubungi hotline: 1800 22 0086

Untuk maklumat lanjut, layari laman web HUAWEI Carnival & HUAWEI Y9 Prime 2019.

Tertakluk kepada terma & syarat dan sehingga stok masih ada.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Julai 2019 @ 10:00 AM