ANGGOTA bomba membawa turun mangsa, Nurashikin Hassan, 24, yang pengsan ketika mendaki Bukit Broga, Semenyih, hari ini. FOTO ihsan polis
ANGGOTA bomba membawa turun mangsa, Nurashikin Hassan, 24, yang pengsan ketika mendaki Bukit Broga, Semenyih, hari ini. FOTO ihsan polis
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


ANGGOTA bomba menyelamatkan seorang wanita yang terkandas selepas pengsan ketika mendaki Bukit Broga, Semenyih, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa, Nurashikin Hassan, 24, dikatakan pengsan ketika mendaki bukit berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih, Zainal Elias Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu 10.47 pagi tadi.

“Seramai 10 pegawai dan anggota bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami melakukan pemeriksaan di lokasi sebelum melakukan pendakian bagi menyelamatkan mangsa.

“Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan pengsan di puncak bukit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zainal Elias berkata, pihaknya memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum dia dibawa turun menggunakan pengusung.

“Mangsa kemudian dihantar ke Klinik Kesihatan Semenyih untuk rawatan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mac 2019 @ 3:15 PM