KUALA LUMPUR 01 SEPTEMBER 2016. Ahli Kelab Kembara MSU, Shah Alam mengibarkan jalur gemilang di puncak Bukit Broga, Semenyih pada jam 7 pagi, 31 Ogos 2016 lalu. NSTP/Ihsan PEMBACA
KUALA LUMPUR 01 SEPTEMBER 2016. Ahli Kelab Kembara MSU, Shah Alam mengibarkan jalur gemilang di puncak Bukit Broga, Semenyih pada jam 7 pagi, 31 Ogos 2016 lalu. NSTP/Ihsan PEMBACA
BERNAMA

Kuala Lumpur: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman, 20, yang dipercayai hilang ketika mendaki Bukit Broga, Semenyih, dekat sini, sejak semalam, akan disambung esok.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih Zainal Elias Abdul Aziz berkata operasi bermula 8.20 pagi hari ini, terpaksa dihentikan kira-kira 6.20 petang berikutan hujan di kawasan pencarian.

"Kami terpaksa menghentikan SAR hari ini disebabkan faktor cuaca dan akan menyambungnya pagi esok," katanya ketika dihubungi.

‘Menurutnya, mangsa ke bukit berkenaan bersama lima lagi rakannya sebelum dilaporkan hilang kira-kira 6 petang semalam.

Kira-kira 60 anggota daripada pelbagai jabatan antaranya pasukan bomba, polis, Pasukan Gerakan Am dan orang awam terbabit dalam usaha mencari mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 8:09 PM