ANTARA barangan yang dirampas dalam serbuan. FOTO ihsan Polis
ANTARA barangan yang dirampas dalam serbuan. FOTO ihsan Polis
Nurul Hidayah Bahaudin


JABATAN Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan dua individu yang menjadikan rumah di Taman Impiana Emas, Johor Bahru sebagai tempat memproses cakera padat digital (DVD) cetak rompak, semalam.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Acryl Sani berkata, hasil maklumat diterima, pihaknya membuat serbuan di lokasi itu dan menemui lebih 22,000 DVD cetak rompak yang diletakkan di dalam bilik rumah berkenaan.

"Dalam serbuan itu, kami menahan lelaki dan wanita masing-masing berusia 53 dan 48 tahun.

"Selain itu, kami turut merampas komputer, mesin cetak dan dakwat mesin cetak dalam serbuan berkenaan," katanya.

Katanya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara untuk disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Hakcipta 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mei 2017 @ 1:24 AM