Anggota bomba  berusaha mengeluarkan mangsa  tersepit.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa tersepit.

Seberang Perak: Seorang pemandu lori tanah maut tersepit selepas kenderaan dipandunya merempuh belakang sebuah treler dalam kemalangan membabitkan dua jentera berat di Jalan Sitiawan-Teluk Intan, berhampiran sebuah kilang padi di Kampung Parit Jerman, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.25 tengah hari, mangsa, N Sathia, 24, dari Taman Sri Mawar, Kampung Cina, Sitiawan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah selepas tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan Pegawai Bomba II Abdul Rahman Mat berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.29 tengah hari dan sepasukan bomba ke lokasi untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit.

“Maklumat awal mendapati lori berkenaan dipandu dari arah Teluk Intan menghala ke arah Sitiawan dan kejadian dipercayai berlaku selepas tayar kanan bahagian depan lori tanah itu pecah hingga mengakibatkan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian belakang treler di laluan itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 January 2017 @ 5:30 AM