TONY beramah mesra dengan pramugari AirAsia di Langkawi, semalam.
TONY beramah mesra dengan pramugari AirAsia di Langkawi, semalam.

Langkawi: Kumpulan AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka, berhasrat menjadikan lapangan terbang Langkawi sebagai hab antarabangsanya dengan sasaran sekurang-kurangnya sejuta penumpang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, rancangan itu dijangka dapat dimulakan empat bulan lagi sejajar dengan usaha syarikat itu menempatkan lebih ramai anak kapal dan juruterbangnya di Langkawi.

“Kami menganggarkan dapat menempatkan lima pesawat di sini dan mampu menjana antara sejuta hingga 1.5 penumpang dalam masa singkat iaitu sesuatu yang asing di Langkawi sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran paparan imej Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN di pesawat AirAsia yang disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sempena LIMA’15 di sini, semalam.

Beliau berkata, sebagai hab antarabangsa, AirAsia boleh mengendalikan penerbangan terus antara bandar raya ASEAN serta seterusnya China dan India, ke Langkawi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mac 2015 @ 5:21 AM