Kuala Lumpur: AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia, memperkenalkan perkhidmatan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Nay Pyi Taw (NYT) di Myanmar dengan penerbangan harian bermula 10 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes berkata, penumpang boleh menempah laluan itu dengan tambang termasuk semua bermula dari serendah RM169 sehala.

“Laluan ini destinasi AirAsia kedua di Myanmar yang berhubung terus dari hab terbesar AirAsia, Kuala Lumpur, selepas Yangon dan AirAsia satu-satunya syarikat penerbangan yang beroperasi di laluan ini dari Kuala Lumpur,” katanya.

Sebagai syarikat penerbangan ASEAN, AirAsia komited dalam menghubungkan komuniti di rantau ini dan melancarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke bandar yang membangun pesat seperti Nay Pyi Taw yang sesuai sebagai bandar pentadbiran yang boleh diterokai pelancong.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Oktober 2014 @ 5:02 AM