kenderaan yang terbabit kemalangan di Jambatan Kuala Kurau,  semalam.
kenderaan yang terbabit kemalangan di Jambatan Kuala Kurau, semalam.
Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Parit Buntar: Seorang peniaga maut manakala isteri dan seorang anak lelakinya berusia tiga tahun parah selepas kenderaan dinaiki bertembung kenderaan pacuan empat roda di atas Jambatan Kuala Kurau, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Helmi Arshad, 25, dari Batu Kurau, Taiping maut di tempat kejadian manakala isterinya, Fauziah Hasri, 26, dan anak lelakinya, Muhammad Hakim Hakimi,3, cedera parah apabila patah tangan dan kaki sejurus Proton Wira dinaiki mereka bertembung Toyota Hilux.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan awal mendapati tiga beranak berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 13, Jalan Pantai di sini selepas selesai berniaga pasar pagi di Masjid Tinggi, Bagan Serai.

Menurutnya, ketika kejadian kereta mangsa gagal memotong kenderaan di laluan berkembar mengakibatkannya bertembung Toyota Hilux yang berada di laluan bertentangan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 6:59 AM